Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Kerusi Penahan Kanak-kanak

Jika anda memerlukan alternatif untuk kerusi keselamatan kereta ketika membuat perjalanan bersama bayi atau kanak-kanak berumur antara 6 hingga 36 bulan (di bawah 3 tahun), sila maklumkan kepada kami ketika anda membuat tempahan anda.

Kerusi Penahan Kanak-kanak

Jika anda memerlukan alternatif untuk kerusi keselamatan kereta ketika membuat perjalanan bersama bayi atau kanak-kanak berumur antara 6 hingga 36 bulan (di bawah 3 tahun), sila maklumkan kami semasa anda membuat tempahan dengan kami.

Malangnya, bilangan kerusi penahan kanak-kanak adalah terhad, jadi pastikan anda membuat tempahan awal – sebaik-baiknya 24 jam sebelum jadual perlepasan penerbangan anda.

Sila ambil perhatian bahawa tempat duduk penumpang yang berasingan mesti dibeli untuk bayi atau anak yang menggunakan kerusi penahan kanak-kanak. Untuk menggunakan kerusi ini, ketinggian anak anda hendaklah di bawah 100cm, berat di bawah 20kg dan perlu ditemani oleh penumpang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Kerusi penahan kanak-kanak diberikan berdasarkan kepada keutamaan bagi penumpang yang awal dan bilangan adalah terhad. Kami meminta anda membuat tempahan anda sama ada melalui pejabat tempahan tempatan atau ejen pelancongan anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum perlepasan penerbangan. Anda juga mesti mendaftar masuk di lapangan terbang 90 minit sebelum perlepasan penerbangan anda dan tiba di pintu perlepasan tidak lewat daripada 50 minit sebelum perlepasan penerbangan.

Terdapat sekatan keselamatan tertentu berkenaan kerusi keselamatan kereta iaitu ia tidak boleh digunakan di tempat beg udara dipasang. Jika mahukan jaminan keselamatan dengan menggunakan kerusi keselamatan kereta untuk bayi atau anak anda tetapi model pesawat tidak dapat menampung keperluan tersebut, anda boleh meminta dari kami kerusi penahan kanak-kanak untuk digunakan.

Jenis Pesawat Kelas Pertama Kelas Bisnes Kelas Ekonomi Premium Kelas Ekonomi
777-300ER (77W/ 77H) x x x
777-300ER (77W/ 77G) Tidak berkenaan x x x
777-300 (773/ 73Z) Tidak berkenaan x Tidak berkenaan x
777-200 (772/ 772Z) Tidak berkenaan x Tidak berkenaan x
A330-300 (333/ 33K) Tidak berkenaan x x
A330- 300 (333/ 33E) Tidak berkenaan Tidak berkenaan x
A330-300 (333/33P) Tidak berkenaan x Tidak berkenaan x
A350-900 (359/ 35G) Tidak berkenaan x x x

Maklumat lanjut

Sila hubungi pejabat tempahan tempatan atau ejen pelancongan pilihan anda dan beritahu mereka sebarang keperluan khas yang mungkin anda perlukan untuk bayi atau anak anda.

Lihat maklumat hubungan pejabat tempahan