Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Bantuan perubatan

Jika anda ingin membawa peralatan perubatan untuk perjalanan anda, sila baca keperluan tentang pembungkusan dan penggunaan untuk memenuhi keperluan perubatan anda. 

Sebelum anda terbang

Anda perlu menghubungi pejabat tempahan tempatan kami atau ejen pelancongan pilihan anda sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal sebelum penerbangan anda untuk memaklumkan kami sebarang keperluan-keperluan perubatan khas yang mungkin anda perlukan.

Pengusung

Pengusung akan diberikan apabila diminta dan tertakluk pada ketersediaan. Sila hubungi pejabat tempahan kami 48 jam sebelummasa perlepasan penerbangan anda yang dijadualkan untuk pengendalian.

Pelepasan perubatan

Penumpang disyorkan agar melengkapkan borang MEDA dan menyerahkannya kepada pejabat tempahan tempatan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum perlepasan penerbangan anda yang dijadualkan. Sila simpan borang MEDA asal dan bawa ia bersama untuk perjalanan anda.

Nasihat untuk penumpang

  • Jika perjalanan anda melibatkan pengusung, anda digalakkan untuk meminta seseorang yang anda percayai menemani anda bagi mendapatkan bantuan tambahan, terutamanya jika berlaku kecemasan
  • Notis awal diperlukan untuk sebarang peralatan perubatan yang digunakan dalam penerbangan

Bayaran dan caj tambahan

Bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan pengusung. Sila hubungi pejabat tempahan kami untuk mendapatkan maklumat harga tertentu untuk penerbangan anda.

Caj kami tidak termasuk:

  • Ambulans, kemasukan ke hospital dan perbelanjaan lain di darat
  • Tiket dan perbelanjaan pengiring anda