Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Penumpang cacat penglihatan

Butiran tentang cara penumpang cacat penglihatan boleh menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa

Perjalanan dengan kecacatan penglihatan

Jika anda membuat perjalanan dengan penerbangan Cathay Pacific atau Cathay Dragon dan mempunyai perkhidmatan anjing bantuan yang anda mahu bawa bersama anda, sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam bahagian perkhidmatan haiwan bantuan kami.

Jika anda menggunakan tongkat atau peranti bantuan lain, anda boleh membawanya ke dalam pesawat dengan syarat ia boleh disimpan di bawah tempat duduk anda atau di dalam ruangan simpanan di bahagian atas. Apabila meletakkan tongkat di bawah tempat duduk anda, baringkannya di atas lantai dan pastikan ia tidak menghalang sebarang laluan keluar kecemasan atau terkeluar ke lorong.

Anak kapal kami berbesar hati untuk membantu anda menyimpan dan mengambil semula tongkat anda jika ia tidak boleh dilipat atau ia tidak boleh disimpan di bawah tempat duduk anda. Semua alat bantuan sedemikian boleh dibawa secara percuma.

Bantuan untuk penumpang cacat penglihatan

Kami berbesar hati untuk menawarkan bantuan berikut kepada penumpang cacat penglihatan:

  • Perkhidmatan "bertemu dan bantu" untuk mengiringi anda ke dan dari pesawat
  • Taklimat keselamatan individu
  • Keutamaan menaiki pesawat
  • Bantuan dalam penerbangan untuk bergerak ke dan dari tempat duduk anda
  • Anak kapal kami boleh membacakan menu untuk anda sebelum perkhidmatan hidangan dan menjelaskan kedudukan makanan yang diletakkan pada dulang makanan anda

Keselamatan anda adalah keutamaan kami

Kami akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi setiap permintaan yang munasabah untuk membuat perjalanan anda selesa. Bagaimanapun, kami tidak dapat memberi bantuan keperluan penjagaan peribadi dalam penerbangan seperti makan, minum, pemberian ubat dan bantuan berkaitan tandas.