Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Jelajahi menu situs

Bantuan mobiliti

Maklumat tentang perjalanan dengan kerusi roda anda, termasuk penyimpanan dan bateri

Jika anda membuat perjalanan dalam kumpulan 10 orang atau lebih yang memerlukan kerusi roda, sila hubungi pejabat tempahan tempatan kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum perlepasan penerbangan Cathay Pacific atau Cathay Dragonyang dijadualkan.

Perkhidmatan kerusi roda, bersama dengan pengiring, disediakan untuk penumpang yang memerlukannya tanpa kos tambahan bagi semua penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon. Pengiring akan membantu untuk membawa anda dalam kawasan lapangan terbang dan ke pagar atau pintu pesawat (bergantung pada kemudahan lapangan terbang).

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk bergerak dalam kabin antara tempat duduk anda dengan pintu pesawat atau pintu tandas, kerusi roda dalam penerbangan dan tempat duduk sebelah lorong dengan tempat letak tangan boleh gerak adalah tersedia. Anak kapal kami juga dilatih untuk membantu jika anda tidak dapat bergerak sendiri dari kerusi roda dalam penerbangan ke/dari tempat duduk anda.

Perjalanan menggunakan kerusi roda anda sendiri

Penumpang kurang upaya boleh menggunakan kerusi roda manual atau berkuasa bateri mereka sendiri untuk ke pintu perlepasan dan ke pintu pesawat, sekiranya kemudahan lapangan terbang membenarkan.

Kerusi roda manual yang tidak boleh dilipat atau berkuasa bateri boleh diterima sebagai bagasi daftar masuk. Item ini boleh dikendalikan di kaunter daftar masuk atau di pintu perlepasan dan boleh dikembalikan kepada anda di pintu pesawat. Kami berusaha sedaya upaya untuk tidak meleraikan kerusi roda atau skuter anda; bagaimanapun, jika perlu, kami akan meleraikan dan memasang semula peralatan tersebut untuk penumpang. 

Maklumat untuk dibawa bersama anda

  • Manual pengguna untuk kerusi roda dan bateri anda
  • Alat khusus yang diperlukan untuk meleraikan atau memasang semula kerusi roda jika diperlukan.
  • Untuk kerusi roda yang menggunakan bateri litium-ion, dokumen ujian Bangsa-bangsa Bersatu (UN) untuk bateri litium-ion yang memenuhi keperluan yang ditentukan dalam Manual Ujian dan Kriteria UN, Bahagian III Seksyen 38.3.
  • Untuk penumpang kurang upaya, tiada caj untuk mengangkut kerusi roda.

Kami menerima semua jenis kerusi roda berkuasa bateri dalam ruang simpanan kargo cth. kerusi roda dengan bateri sel kering, bateri sel basah, bateri sel gel atau bateri simpanan elektrik tidak boleh tumpah. Kerusi roda dikuasakan bateri litium-ion atau alat bantu kebolehgerakan lain yang serupa boleh dibawa sebagai bagasi daftar masuk, dengan syarat bateri mesti daripada jenis yang mematuhi keperluan ujian Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti yang ditentukan dalam Manual Ujian dan Kriteria PBB, Bahagian III Seksyen 38.3. Prosedur keselamatan tertentu mesti dituruti untuk mematuhi peraturan keselamatan pengangkutan dan kami akan memaklumkan anda tentang perkara ini semasa tempahan.

Sila hubungi Pejabat tempahan tempatan kami untuk bantuan dan memaklumkan mereka berat dan saiz kerusi roda anda, jenis bateri yang digunakan untuk kerusi roda berkuasa bateri dan watt-jam bateri litium=-ion jika kerusi roda anda dikuasakan oleh bateri litium-ion.

Cathay Pacific menyediakan ruang khusus yang diutamakan di dalam kabin untuk menyimpan satu kerusi roda dengan syarat ia kerusi roda manual bersaiz dewasa biasa yang boleh dilipat dan disimpan tanpa perlu menanggalkan roda atau menanggalkan pemasangannya.

Penyimpanan adalah berdasarkan kepada keutamaan bagi penumpang yang awal.

Saiz kerusi roda yang boleh diterima untuk penyimpanan di dalam kabin pesawat berbeza mengikut jenis pesawat dan seperti berikut:

Jenis pesawat 13W/36D/42H (inci) 14.5W/32D/36.5H (inci) 9W/26D/30H (inci)
744K Ya Ya Ya
772Z Tidak Tidak Ya
773Z Tidak Tidak Ya
773G Ya Ya Ya
773H Ya Ya Ya
A33P Tidak Ya Ya
A33E Tidak Tidak Ya
A33K Tidak Tidak Ya
A34J Tidak Tidak Ya
A35G Ya Ya Ya

Pengiring

Dalam kebanyakan kes, penumpang kurang upaya boleh membuat perjalanan sendirian.  Bagaimanapun, menjadi keperluan bagi anda untuk membuat perjalanan dengan pembantu keselamatan jika anda sendiri tidak dapat melakukan pemindahan dari pesawat sekiranya berlaku kecemasan.

Tongkat untuk berjalan, topang ketiak dan bingkai untuk berjalan

Tongkat, bingkai dan topang ketiak untuk berjalan boleh dibawa ke dalam kabin pesawat, dengan syarat ia disimpan mengikut keperluan keselamatan kabin. Jika bingkai untuk berjalan anda boleh dilipat dan kru kabin boleh menyimpannya dengan selamat, ia juga boleh dibawa ke dalam kabin pesawat. Atas sebab keselamatan, bingkai untuk berjalan yang tidak boleh dilipat tidak dibenarkan di dalam kabin pesawat dan perlu didaftar masuk.  Anda boleh menggunakan bingkai anda ke pintu perlepasan di mana ia boleh diserahkan untuk disimpan di dalam palka kargo pesawat.

Cathay Pacific Airways menyedari bahawa sesetengah penumpang kurang upaya mungkin perlu menggunakan Peralatan Sokongan Postur (PSE) apabila mereka membuat perjalanan. Untuk memenuhi sebaiknya keperluan perjalanan anda, PSE berikut diterima untuk digunakan di atas semua pesawat kami:

  • Ortosis Tempat Duduk Aspen (ASO)
    Ortosis Tempat Duduk Aspen hanya dibenarkan untuk penumpang yang berumur 3 tahun ke atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Aspen.
  • Kerusi Kembara MERU
    TravelChair sesuai dengan tempat duduk pesawat standard yang memberi sokongan postur yang kukuh untuk kanak-kanak kurang upaya semasa mereka membuat perjalanan udara. Ia sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 – 11 tahun (bergantung pada saiz dan berat mereka). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MERU.
  • DAWS Engineering Disabled Children Travel Chair, P/N TC2000-00
    Hanya dibenarkan untuk penumpang berumur 3 tahun ke atas.
  • Abah-abah Crelling, Model 27
    Abah-abah Crelling direka sebagai peranti sokongan postur dan menawarkan tahap penahan untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa bagi memastikan mereka berada pada kedudukan duduk yang tegak. Abah-abah Crelling, Model 27 diterima untuk digunakan di atas semua pesawat kami. Terdapat saiz berbeza yang boleh didapati dan ia direka untuk penumpang berumur 2 tahun hingga umur orang dewasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Crelling Harness
  • Tali bawat badan sokongan
    Penumpang bebas untuk membuat perjalanan dengan peranti sokongan postur yang dipakai pada badan dan yang tidak perlu dipasang pada tempat duduk pesawat (contohnya tali bawat badan sokongan).

    Penumpang mesti membawa PSE mereka sendiri dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemasangan, penggunaan dan pembuangan.

    Penumpang perlu mengikut arahan/keperluan pengeluar untuk penggunaan PSE. Tali pinggang keledar tempat duduk pesawat mesti kekal sebagai penahan utama. PSE yang dibawa oleh penumpang boleh dibawa secara percuma.

    Jika anda merancang untuk membuat perjalanan dengan PSE selain daripada model di atas, kami mengesyorkan anda supaya menghubungi pejabat Tempahan tempatan kami sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berlepas dan memaklumkan kepada mereka spesifikasi PSE anda.