Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Bantuan kurang upaya dan kebolehgerakan

Ketahui lebih lanjut tentang bantuan khas untuk keperluan kurang upaya atau kebolehgerakan dalam penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon.

Perjalanan untuk orang kekurangan upaya 

Cathay Pacific dan Cathay Dragon menawarkan pelbagai bantuan khas dan kakitangan serta kru kabin kami dilatih untuk membantu penumpang kurang upaya. Sila hubungi pejabat tempahan seawal yang boleh sebelum penerbangan anda, untuk membantu kami menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan, untuk perjalanan yang selesa dan selamat.

Di atas pesawat kami, penumpang kurang upaya boleh diberikan bantuan untuk bergerak ke dan dari tempat duduk, persediaan untuk makan dan menggunakan kerusi roda semasa penerbangan untuk bergerak dalam pesawat dan ke tandas. Atas sebab keselamatan, kakitangan kami tidak akan dapat membantu usaha penjagaan peribadi – termasuk bantuan untuk makan dan minum, pemberian ubat dan bantuan di dalam tandas. Untuk keperluan ini, kami mengesyorkan anda agar membuat perjalanan bersama pengiring penjagaan peribadi.

Sila maklum bahawa  keadaan yang tidak dijangka seperti cuaca atau masalah mekanikal boleh menyebabkan pertukaran pesawat di saat-saat akhir, yang mana mungkin akan menjejaskan bantuan yang boleh kami berikan; bagaimanapun, kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi perkhidmatan yang selesa dalam situasi seperti ini.