Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Menggunakan peranti elektronik

Pilihan keselamatan dan ketersambungan peranti di atas pesawat

Tersedia dalam Airbus A350 pada ketinggian lebih 10,000 kaki

Terus berhubung di udara

Untuk pertama kalinya dalam penerbangan kami, anda boleh terus berhubung semasa dalam perjalanan. Kini anda boleh menggunakan portal Wi-Fi kami untuk melawat laman web rakan kongsi kami, mendapatkan berita terkini di seluruh dunia dengan TV satelit kami atau mengakses internet untuk bekerja atau bersantai dan terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, semasa anda dalam perjalanan.

Sambung secara wayarles dalam pesawat

Sambung secara wayarles dalam pesawat: Langkah 1

Langkah:1

Dayakan Wi-Fi pada peranti anda

Sambung secara wayarles dalam pesawat: Langkah 2

Langkah:2

Sambung ke
Rangkaian "Cathay Pacific"

Sambung secara wayarles dalam pesawat: Langkah 3

Langkah:3

Pergi ke portal dalam pesawat (wifi.cathaypacific.com) dan pilih pilihan langganan yang anda sukai

Pilihan ketersambungan

Portal Wi-Fi percuma

Pergi ke portal Wi-Fi Cathay Pacific dengan menggunakan peranti anda sendiri yang dilengkapi Wi-Fi (tablet, komputer riba, telefon mudah alih) untuk akses kepada:

  • Cathaypacific.com dan laman web rakan kongsi Cathay Pacific
  • Aplikasi peta 3D bergerak
  • Katalog Cathay Pacific untuk membeli-belah barang bebas cukai
  • Maklumat destinasi
TV satelit percuma

Ikuti perkembangan peristiwa terkini dengan tiga saluran secara langsung melalui monitor IFE sandaran kerusi. Tiga saluran yang tersedia ialah:

  • BBC
  • CNN
  • Euronews
Pakej akses Internet*

Setelah pesawat berada pada ketinggian 10,000 kaki atau lebih, anda boleh mendapat akses internet ke e-mel, melayari web, membeli-belah dalam talian dan berhubung dengan orang lain melalui peranti anda sendiri yang dilengkapi dengan Wi-Fi (tablet, komputer riba, telefon mudah alih). Pilih daripada pilihan di bawah atau nikmati hiburan di monitor IFE (penstriman video tidak tersedia):

  • Untuk penerbangan 6 jam atau kurang pada harga USD12.95
  • Untuk penerbangan yang melebihi tempoh 6 jam pada harga USD19.95
  • Satu jam penggunaan berterusan dalam semua penerbangan pada harga USD9.95

Kami menerima bentuk bayaran seperti yang berikut: MasterCard, Visa, Discover, American Express, Diners Club dan JCB.

Perkhidmatan SMS dan perayauan data

    Apabila anda berada di dalam pesawat, anda boleh mendayakan perayauan data pada peranti mudah alih anda untuk menghantar dan menerima SMS, serta e-mel dan melayari Internet. Perayauan boleh diaktifkan selepas pesawat berlepas sebaik saja ia mencapai ketinggian 20,000 kaki.

    Sila ambil perhatian tentang perkara berikut:

  • SMS dan perayauan data tidak tersedia di Amerika Syarikat
  • Caj perayauan akan berubah-ubah dan dikenakan terus oleh pembekal perkhidmatan mudah alih tempatan anda, jadi sila hubungi pembekal anda untuk caj.

Perkhidmatan Wi-Fi tersedia secara eksklusif dalam pesawat A350.

*Catatan: Panasonic menyediakan perkhidmatan Wi-Fi Cathay Pacific. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pesanan anda, sila e-mel Panasonic di customercare@panasonic.aero. Anda juga boleh menghubungi Panasonic di talian US 1-855-752-0055 (bebas tol) atau Hong Kong + 800-906-284 (bebas tol) dan caj tambahan mungkin dikenakan jika anda memanggil nombor bebas tol di luar negara masing-masing.