Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Hiburan dalam penerbangan

Aplikasi Studio KA

Sistem Hiburan Dalam Penerbangan Tanpa Wayar

Pilih antara ratusan pilihan hiburan dalam peranti peribadi anda melalui Sistem Hiburan Dalam Penerbangan Tanpa Wayar (Wireless IFE) yang ditawarkan oleh pesawat Cathay Dragon A320.

Hanya dengan memuat turun aplikasi StudioKA ke dalam peranti elektronik anda. Apabila dalam penerbangan, gunakan aplikasi itu untuk mengakses 70+ filem Hollywood dan Asia, 550+ episod TV, 450+ album muzik, program radio dan banyak lagi.

Penumpang Kelas Bisnes akan ditawarkan iPad yang dimuatkan dengan kandungan premium tambahan termasuk filem blockbuster Hollywood yang terkini bagi kegunaan dalam penerbangan, berserta set kepala rendah-hingar.

Sila ambil perhatian: Wireless IFE dan aplikasi StudioKA tidak menyediakan penyambungan internet.

Aplikasi Studio KA daripada Apple store atau google play

Muat turun aplikasi StudioKA

Muat turun aplikasi percuma StudioKA pada peranti anda sebelum penerbangan anda. Pengguna Android juga boleh memilih untuk memuat turun aplikasi ini semasa dalam penerbangan.

Wireless IFE hanya boleh digunakan oleh peranti dengan fungsi Wi-Fi.

Dapatkannya di App Store Dapatkannya di Play Store

Dapatkannya di Play Store      Dapatkannya di Play Store
      iOS                      Android

Sambung kepada Wireless IFE dalam penerbangan

Komputer riba

  1. Aktifkan fungsi Wi-Fi pada peranti anda.
  2. Sambung kepada rangkaian Studio KA.
  3. Lancarkan pelayar internet anda. Anda akan dibawa terus ke portal Wireless IFE kami.
  4. Anda mungkin diminta untuk memasang plug-in bagi menonton program video tertentu. Sila ikuti setiap arahan yang diberikan.

Sistem pengoperasian dan pelayar berikut menawarkan pengalaman penstriman yang terbaik di dalam pesawat.

Sistem pengoperasian Pelayar versi terkini Keperluan Flash player
Windows 7/8 Internet Explorer
Mozilla Firefox
Chrome
Adobe Flash versi 10.2 dan ke atas
Mac OS 10.10 Safari
Mozilla Firefox
Chrome
Adobe Flash versi 10.2 dan ke atas

Tablet dan telefon pintar (Apple/Android)

  1. Aktifkan Mod Penerbangan.
  2. Aktifkan fungsi Wi-Fi pada peranti anda.
  3. Lancarkan aplikasi StudioKA untuk mengakses program hiburan kami.