Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Jamu selera dalam penerbangan

Wain

Cathay Pacific menawarkan pilihan wain yang menerima anugerah yang dicipta untuk melengkapi menu dalam penerbangan.

Pelbagai pilihan wain kami kini mencecah sekitar 80 jenis, yang dipadankan dengan pelbagai masakan dalam penerbangan. Pelbagai aneka wain kini berasal dari Perancis, Itali, Austria, Afrika Selatan, Australia, Amerika Syarikat, dan New Zealand.

Cathay Pacific mengubah pilihan wain yang tersedia bergantung pada ketersediaan dan waktu tuaiannya. Selain penyenaraian biasa, promosi wain akan ditawarkan sepanjang tahun bagi penumpang premium. 

Wine menu

Ahli Panel Wain Kami

Debra Meiburg

Pakar Wain Debra Meiburg ialah penceramah antarabangsa, pendidik dan pengarang yang memenangi anugerah. Beliau dinamakan sebagai salah seorang "7 People to Watch" (7 individu Yang Perlu Diberikan Perhatian) oleh majalah Decanter.

Clara Yip

Clara Yip ialah Pengurus Minuman dan Wain di Cathay Pacific. Beliau sudah bekerjasama selama 20 tahun dengan pakar wain kami untuk mewujudkan senarai wain yang telah memenangi anugerah. Beliau ialah pemegang Diploma WSET.

Roy Moorfield

Roy Moorfield ialah siarawan, pendidik dan penulis khusus berkaitan wain dari Australia dan penasihat dalam aspek pemilihan wain di Cathay Pacific selama lebih dari 30 tahun.

Lau Chi-sun

Lau Chi-sun ialah pengkritik wain dan makanan yang terkenal yang menetap di Hong Kong. Beliau juga ialah ketua editor majalah Winenow dan menyertai panel wain Cathay Pacific pada tahun 2004.

Berita dalam penerbangan

Dari 1 Mac 2017, pilihan wain Kelas Pertama kami yang biasa akan dilengkapi dengan 5 wain yang dipilih khas dari Australia:

Putih

  • Leo Buring Leopold DW20 Riesling 2014
  • Seppelt Jaluka Chardonnay 2015

Red

  • Wolf Blass White Label Adelaide Hills Cabernet Sauvignon 2012 
  • Wolf Blass Estates dari Barossa St John’s Barossa Shiraz 2012

Wain pencuci mulut

  • Baileys daripada Glenrowan Founder Series Liqueur Muscat NV

Semua wain promosi ditampilkan khas dan dihidangkan secara bergilir dalam penerbangan terpilih.  Sila tanya Anak Kapal kami tentang pilihan wain yang tersedia dalam penerbangan anda.

Merah atau Putih?

Wain berikut kini ditawarkan dalam penerbangan terpilih dalam Kelas Pertama atau Bisnes:

Kelas Pertama

Jean-Marc Brocard Chablis Grand Cru 2013

Jean-Marc Brocard Chablis Grand Cru 2013 ini memberikan aroma bebuas bukit dan citrus. Selera yang segar dan berharmoni, dengan rasa limau, halwa lemon dan sedikit flin yang menarik, dilengkapi dengan kepadatan dan berterusan.

Jean-Marc Brocard Chablis Grand Cru 2013 wine label

Akarua Pinot Noir Bannockburn Central Otago 2013

Pinot Noir New Zealand yang memenangi anugerah ini mempunyai aroma ceri hitam dan raspberi hitam dengan sedikit rasa rempah-ratus. Rasa beri hitam yang enak disokong dengan rasa asid yang meriah dan tanin kasar diikuti dengan kemasan yang panjang. Ia sangat sesuai dengan kebanyakan hidangan daging termasuk daging khinzir, lembu dan kambing.

Akarua Central Otago Bannockburn Pinot Noir 2013 wine label

Marchesi de’ Frescobaldi Mormoreto, Toscana IGT 2010

Wain yang kompleks ini adalah adunan Cabernet Sauvignon, Merlot dan anggur Cabernet Franc, dengan sedikit Petit Verdot. Ia mempunyai perisa buah beri ranum yang tidak terperi, diikuti dengan sedikit rasa badam dan pudina, yang disepadukan dengan perasa trufel, likuoris dan coklat. Bertekstur baldu, ia merupakan wain yang amat mengasyikkan, dengan rasa mewah dan lembut.

Marchesi de' Frescobaldi Mormoreto Toscana 2010 wine label

Kelas Bisnes

Yealands Estate Land Made Sauvignon Blanc Marlborough 2015

Wain ini dihasilkan daripada buah anggur Sauvignon Blanc terpilih dari Ladang Anggur Awatere and Wairau Valley. Ia memberikan rasa buah yang beraroma daripada buah markisah dan guava yang bertenaga, dan ketulenan, disempurnakan dengan mineral panjang dan rangup, dan ia sesuai dihidangkan bersama hidangan makanan laut, ayam, salad atau pasta.

Yealands Estate Land Made Sauvignon Blanc Marlborough 2015 wine label

Rockbare McLaren Vale Shiraz 2014

Rockbare McLaren Vale Shiraz 2014 memberikan aroma beri dan rempah campuran yang menggoda dijalinkan dengan rasa vanila yang manis. Ini menghasilkan wain yang kaya dengan citarasa dan pekat dengan banyak perisa buah anggur hitam dan rasa asli yang kuat. Padanan yang hebat untuk hidangan daging merah.

Rockbare McLaren Vale Shiraz 2014 wine label

Borsao Tres Picos DO Campo De Borja 2012

Tres Picos ialah wain menarik dari DO Campo de Borja, Sepanyol yang dihasilkan daripada buah anggur Garnacha (Grenache). Wain ini mempamerkan rasa lembut dan tanin menyenangkan yang menghasilkan kemasan kuat dan lancar. Wain ini benar-benar seronok untuk diminum sebagai minuman beralkohol serta menarik apabila dipadankan dengan daging panggang atau keju separa keras.

Borsao Tres Picos DO Campo De Borja 2012 wine label