Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Jelajahi menu situs

Ekonomi Premium

Nikmati keselesaan yang lebih hebat dengan keutamaan menaiki pesawat, tempat duduk yang luas dan sistem hiburan yang luar biasa dalam penerbangan.

Kemudahan Daftar Masuk yang Mudah

Boarding menjadi lancar dan mudah dengan kaunter daftar masuk khas dan keutamaan menaiki pesawat di pintu boarding. Elaun bagasi yang ditinggikan bermakna anda boleh mengisi lebih barangan untuk perjalanan anda.

Perkhidmatan kabin premium

Dalam kelas Ekonomi Premium, anda akan disambut dengan segelas champagne apabila menaiki pesawat. Anak kapal kami akan menyediakan makanan ringan dan minuman di sepanjang perjalanan anda, bersama dengan perkhidmatan diperibadikan yang cekap.

Santai dengan selesa

Berada dalam Kelas Ekonomi Premium menjanjikan tempat duduk yang lebih luas, iaitu dengan tempat sandar 8", tempat meletakkan kaki yang dibesarkan, tempat merehatkan betis kaki, tempat merehatkan kaki yang berlapik kulit dan tempat sandar kepala yang disokong bagi memastikan perjalanan anda yang cukup selesa.

Rasa yang segar

Pasukan masakan kami menghasilkan hidangan yang ringan dan sihat dengan menumpukan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Pilihan wain dan minuman yang memenangi anugerah berada dalam simpanan kami untuk mengiringi hidangan anda.

Filem, rancangan TV dan muzik terkini

Nikmati pengalaman yang hebat dengan StudioCX – sistem hiburan dalam penerbangan kami yang canggih – dipaparkan pada skrin 10.6 inci, dengan fon kepala pembatalan hingar. Rancangan menarik kami yang disusun dengan teliti secara bulanan akan memberikan pelbagai jenis hiburan, bagi penerbangan jarak jauh, mahupun pendek.

Rumah di atas langit

Dengan meja makan yang lebih besar, bekerja dan makan menjadi lebih mudah. Meja koktel bermakna minuman sentiasa berada hampir dengan anda manakala ruang simpanan tambahan untuk menyimpan barangan peribadi dengan selesa diletakkan berdekatan dengan anda.

Kit kemudahan

Segarkan diri dengan kit kemudahan mesra alam yang termasuk sarung kaki, penutup mata, penutup telinga dan berus gigi serta ubat gigi.

Terbang bersama kami

Terokai pengalaman bersama Cathay Pacific—termasuklah ruang istirehat premium kami dan kelas perjalanan lain—atau tempah penerbangan dengan kami, melalui pautan di bawah.

Sila ambil perhatian: pengalaman mungkin berbeza bergantung pada laluan kerana kedudukan pesawat boleh berubah dan ketersediaan adalah tertakluk kepada keperluan operasi.

Loading ...

Sila tunggu sebentar sementara kami muatkan maklumat kelas penerbangan.