Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Kelas Ekonomi

Dalam Kelas Ekonomi Cathay Dragon, anda boleh berehat dengan selesa dan menikmati standard kualiti antarabangsa. 

Pasangan mendaftar masuk di kaunter Cathay Dragon

Daftar masuk dengan mudah

Daftar masuk dengan lancar di kaunter kami dalam lapangan terbang di seluruh dunia. Staf kami bersedia untuk membantu anda yang membawa bagasi serta prosedur menaiki penerbangan.

Penumpang bersantai di tempat duduk dalam penerbangan Cathay Dragon

Selesa dan mudah

Sandarkan badan dan berehat dengan ruang letak kaki yang lebih luas untuk melunjurkan kaki ketika membaca, menonton TV atau menikmati makanan. Anda boleh melelapkan mata dengan selesa dengan penyandar kepala kami yang boleh dilaraskan dalam empat cara untuk keselesaan.

Hidangan ayam, pasta dan kacang hijau Cathay Dragon

Makanan berkualiti dan ramuan terbaik

Menu Kelas Ekonomi kami menggabungkan sumber tempatan, bahan mampan yang bermusim, selain menawarkan pilihan hidangan ringan dan sihat.

Kemesraan hospitaliti Asia

Dalam Kelas Ekonomi, anak kapal kami memberikan perkhidmatan yang cekap serta diiringi senyuman sepanjang perjalanan anda.

Anak kapal Cathay Dragon menghulurkan bantal dan selimut kepada penumpang
Penumpang boleh skrol melalui iPad tawaran hiburan dalam penerbangan

Tayangan Filem, TV dan muzik

Nikmati pengalaman yang hebat dengan StudioKA®- sistem hiburan dalam penerbangan kami yang canggih. Rancangan bulanan kami yang menarik akan memberikan pelbagai jenis hiburan, bagi penerbangan jarak jauh mahupun dekat.

Satu salinan majalah Silkroad dalam penerbangan kami

Surat khabar dan majalah

Menampilkan campuran kandungan perjalanan, gaya hidup dan hiburan, Silkroad  iaitu majalah dalam penerbangan kami yang menggambarkan tenaga Asia yang kontemporari. Kami juga menawarkan pilihan surat khabar harian dan majalah.

Terbang bersama kami

Terokai pengalaman bersama Cathay Dragon—termasuklah ruang istirehat premium kami dan pelbagai kelas perjalanan —atau tempah penerbangan dengan kami, melalui pautan di bawah.

Sila ambil perhatian: pengalaman mungkin berbeza bergantung pada laluan kerana kedudukan pesawat boleh berubah dan ketersediaan adalah tertakluk kepada keperluan operasi.

Penumpang mengambil gambar di luar tingkap kapal terbang.