Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

The Cabin

Mudah dan berpusat, ruang istirehat The Cabin berada di tengah-tengah lapangan terbang Hong Kong. Anda akan menemui pilihan hebat jus buah-buahan dan smoothie, serta ruang yang luas dan ceria, dengan tingkap dari lantai ke siling.

Kami mengalu-alukan penumpang Kelas Pertama dan Kelas Bisnes, serta ahli Kelab Marco Polo dan pengguna penerbangan kerap oneworld yang terpilih.
Waktu:
Setiap hari mulai pukul 05:30 hingga 00:30
Lokasi:
Aras 6, ruang legar tengah berhampiran pintu 23.

 

Minuman sihat dan koktel sambil bersantai

Eksklusif hanya di The Cabin, Health Bar menawarkan minuman smoothie buah-buahan yang menyegarkan serta teh herba Cina yang menyihatkan. Minuman Morning Special Shake akan mengembalikan tenaga sebelum penerbangan anda, dan jika anda berada di sini pada waktu petang, koktel kami yang diadunkan dengan cermat akan membantu anda berehat.

Salad segar dan hidangan dari seluruh dunia

Cubalah salad segar kami atau sandwic panas dan segar kami di Deli, juga menghidangkan snek ringan dan pelbagai pilihan keju. Selain dari hidangan bufet kami yang menyediakan masakan Asia dan Barat, anda juga boleh menikmati hidangan antipasti Itali.

Ikuti perkembangan dan kekal berhubungan

The Cabin menawarkan ruang kerja yang sunyi, sesuai untuk produktiviti, dan dilengkapi dengan ruang kerja iMac yang menampilkan pelbagai alatan dan kemudahan berguna, serta akses internet berkelajuan tinggi.

Cara Untuk Ke Sana

The Cabin ialah ruang istirehat premium untuk penumpang kelas Pertama dan Bisnes serta ahli Kelab Marco Polo dan pengguna penerbangan kerap oneworld yang terpilih.

Anda boleh mengunjungi The Cabin di Aras 6, di ruang legar tengah lapangan terbang.

Kunjungi ruang istirehat kami

Nikmati minuman, makanan, atau mandi di salah satu daripada tujuh ruang istirehat kami yang eksklusif—setiap satunya menampilkan kemudahan premiumnya yang tersendiri—di lapangan terbang Hong Kong.

Loading ...

Sila tunggu sebentar sementara kami muatkan info ruang istirehat.