Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Caj bagasi tambahan

Bawa lebih barangan bersama anda dengan bayaran yang sederhana

Ketahui caj bagi beg anda

Pilih cara mana anda ingin membayar dan laluan penerbangan anda untuk melihat kos bagi satu bagasi tambahan.  

Terdapat pengecualian bagi penerbangan ke dan dari Amerika dan New Zealand.

Caj bagasi tambahan akan dinaikkan bagi tiket yang dikeluarkan dari 1 Februari 2018 untuk perjalanan pada atau selepas 1 Mei 2018.

Sila ambil perhatian: Caj bagasi tambahan dikira berdasarkan tarikh permulaan perjalanan.

Harap maklum: maklumat caj bagasi tambahan yang disenaraikan di sini adalah untuk penerbangan dengan Cathay Pacific sahaja. Jika anda membuat perjalanan melalui penerbangan perkongsian kod atau penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain, sila semak peraturan pembawa tersebut. 

Laluan penerbangan anda mengukur beg mengikut berat

Lihat jadual di bawah untuk mengetahui zon penerbangan yang diliputi oleh penerbangan anda. Kemudian anda boleh mengira caj yang dikenakan ke atas beg tambahan anda bagi setiap kilogram.
Setiap kg Dari/Ke Hong Kong Dari/Ke Zon 1 Dari/Ke Zon 2 Dari/Ke Zon 3 Dari/Ke Zon 4
Dari/Ke Hong Kong - USD 12 USD 17 USD 22 USD 40
Dari/Ke Zon 1 USD 12 USD 13 USD 17 USD 28 USD 40
Dari/Ke Zon 2 USD 17 USD 17 USD 33 USD 35 USD 40
Dari/Ke Zon 3 USD 22 USD 28 USD 35 USD 40 USD 60
Dari/Ke Zon 4 USD 40 USD 40 USD 40 USD 60 USD 60
Jika beg anda berada dalam elaun berat yang dibenarkan, tetapi anda mempunyai bagasi tambahan, anda boleh mengira jumlah caj yang akan dikenakan ke atas beg tambahan anda untuk setiap satu.
Setiap bagasi Dari/Ke Hong Kong Dari/Ke Zon 1 Dari/Ke Zon 2 Dari/Ke Zon 3 Dari/Ke Zon 4
Dari/Ke Hong Kong - USD 30 USD 30 USD 30 USD 60
Dari/Ke Zon 1 USD 30 USD 30 USD 30 USD 30 USD 60
Dari/Ke Zon 2 USD 30 USD 30 USD 30 USD 30 USD 60
Dari/Ke Zon 3 USD 30 USD 30 USD 30 USD 30 USD 60
Dari/Ke Zon 4 USD 60 USD 60 USD 60 USD 60 USD 60

Harap maklum: Kami tidak akan menerima beg yang melebihi berat 32kg / 70lbs atau panjang keseluruhan dimensi melebihi 203cm / 80in tanpa kelulusan terlebih dahulu. Dimensi keseluruhan beg anda ialah jumlah lebar, tinggi dan panjangnya.

Barangan yang melebihi saiz yang dipersetujui mestilah dipek semula kepada beberapa unit berasingan, jika tidak, ianya tidak akan diterima dalam penerbangan itu. Untuk mengelakkan kekecewaan, sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum anda terbang jika beg anda adalah terlalu besar dan/atau mempunyai berat berlebihan.

Terdapat pengecualian untuk peralatan kamera, barangan rumah, alatan sukan, peralatan muzik, perjalanan dengan haiwan kesayangan, alat bantuan mobiliti, alatan perubatan dan bagasi diplomatik.

Bayaran dipungut dalam mata wang tempatan yang setara.

Zon 1  
China, Taiwan, Macao, Kampuchea, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, Myanmar, Korea, Jepun, Rusia (dalam Asia) 

Dalam Australia, dalam Malaysia, antara Taiwan dan Jepun/Korea, antara Thailand dan Singapura, antara Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain
Zon 2
Maldives, Bangladesh, India, Nepal, Sri Lanka,
Zon 3
Bahrain, Arab Saudi, UAE, Israel
Zon 4
Perancis, Jerman, Itali, Netherlands, UK, Sepanyol, Switzerland, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, Fiji

 

Hanya tolak berat elaun bagasi percuma anda daripada berat beg anda. Perbezaan baki akan dikenakan caj bagi setiap kilogram.

Jika anda membuat perjalanan dengan beberapa buah beg, berat gabungannya merupakan elaun bagasi anda.

Harap maklum bahawa berat setiap satu beg tidak boleh melebihi 32kg / 70 lbs, dan jumlah dimensi (jumlah lebar, tinggi dan panjang) tidak boleh melebihi panjang 203cm / 80in tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Cathay Pacific. Ini kerana pasukan kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga khusus untuk memindahkan barangan seberat ini.

Barangan yang terlebih berat dan/atau terlebih saiz mestilah dipek semula atau dibahagikan kepada beberapa unit yang lebih kecil dan ringan.

Jika laluan penerbangan anda mengukur beg mengikut bilangan, mana-mana bungkusan tambahan yang terhasil daripada pembungkusan semula akan dikenakan bayaran.

Jika laluan penerbangan anda mengira beg mengikut berat, mana-mana beg yang mempunyai berat lebih daripada 32kg mesti dibahagikan kepada beberapa unit yang lebih ringan. Berat tambahan akan dikenakan bayaran mengikut kilogram.

Sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja jika beg anda tidak boleh dikecilkan dan anda perlu mengembara dengan beg sebesar ini.

Beg yang dimensi keseluruhan melebihi 203cm / 80in, atau berat melebihi 32kg / 70lbs, mesti dipek semula menjadi beberapa unit berasingan mengikut had yang ditetapkan ini.

Jika anda tahu berat beg anda berlebihan atau terlalu panjang, sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum anda terbang dan kami akan menyiasat sama ada kami boleh menempatkan beg anda.

Terdapat pengecualian bagi alatan sukan, peralatan muzik, perjalanan dengan haiwan kesayangan, alat bantuan mobiliti, alatan perubatan dan bagasi diplomatik.

Pembelian elaun tambahan anda

Di lapangan terbang

Kunjungi meja perkhidmatan Cathay Pacific dan berbincang dengan ahli pasukan khidmat pelanggan kami. Anda boleh bayar dengan kad atau tunai. Sila bawa bersama anda matawang dolar Amerika atau matawang tempatan.

Terdapat pengecualian untuk penerbangan ke, dari dan melalui Amerika.
Harap maklum: maklumat caj bagasi tambahan yang disenaraikan di sini adalah untuk penerbangan dengan Cathay Pacific dan Cathay Dragon sahaja.

Laluan penerbangan anda mengukur beg mengikut berat.

Apabila membuat perjalanan dengan Cathay Pacific atau rakan kongsi syarikat penerbangan kami Cathay Dragon, anda boleh menebus Asia Miles anda untuk elaun bagasi tambahan. Jumlah mata Asia Miles yang diperlukan bergantung kepada jarak perjalanan anda.

Anda boleh mengetahui jumlah perbatuan perjalanan bagi penerbangan anda dengan menggunakan kalkulator perjalanan Asia Miles kami.

Jarak zon dalam batu Asia Miles untuk 5kg / 11paun
Zon S (0-600) 2,500 batu
Zon A (601-1,200) 3,500 batu
Zon B (1,201-2,500) 4,500 batu
Zon C (2,501-5,000) 6,000 batu
Zon D (5,001-7,500) 9,000 batu
Zon E (7,501-10,000) 10,500 batu
Zon F (10,001 and above) 12,000 batu

Anda tidak boleh menebus elaun bagasi tambahan menggunakan mata Asia Miles bagi penerbangan yang dikendalikan oleh Cathay Dragon yang menuju ke atau dari Kathmandu.

Harap maklum: Kami tidak akan menerima beg yang melebihi berat 32kg / 70lbs atau panjang keseluruhan dimensi melebihi 203cm / 80in tanpa kelulusan terlebih dahulu. Dimensi keseluruhan beg anda ialah jumlah lebar, tinggi dan panjangnya.

Hanya tolak berat elaun bagasi percuma anda daripada berat beg anda. Perbezaan baki akan dikenakan caj bagi setiap kilogram.

Jika anda membuat perjalanan dengan beberapa buah beg, berat gabungannya merupakan elaun bagasi anda.

Harap maklum bahawa berat setiap satu beg tidak boleh melebihi 32kg / 70 lbs, dan jumlah dimensi (jumlah lebar, tinggi dan panjang) tidak boleh melebihi panjang 203cm / 80in tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Cathay Pacific. Ini kerana pasukan kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga khusus untuk memindahkan barangan seberat ini.

Barangan yang terlebih berat dan/atau terlebih saiz mestilah dipek semula atau dibahagikan kepada beberapa unit yang lebih kecil dan ringan.

Jika laluan penerbangan anda mengukur beg mengikut bilangan, mana-mana bungkusan tambahan yang terhasil daripada pembungkusan semula akan dikenakan bayaran.

Jika laluan penerbangan anda mengira beg mengikut berat, mana-mana beg yang mempunyai berat lebih daripada 32kg mesti dibahagikan kepada beberapa unit yang lebih ringan. Berat tambahan akan dikenakan bayaran mengikut kilogram.

Sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja jika beg anda tidak boleh dikecilkan dan anda perlu mengembara dengan beg sebesar ini.

Beg yang dimensi keseluruhan melebihi 203cm / 80in, atau berat melebihi 32kg / 70lbs, mesti dipek semula menjadi beberapa unit berasingan mengikut had yang ditetapkan ini.

Jika anda tahu berat beg anda berlebihan atau terlalu besar, sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum anda terbang dan kami akan menyiasat sama ada kami boleh menempatkan beg anda.

Terdapat pengecualian bagi alatan sukan, peralatan muzik, perjalanan dengan haiwan kesayangan, alat bantuan mobiliti, alatan perubatan dan bagasi diplomatik.

  1. Zon ganjaran adalah berdasarkan jarak perjalanan sehala bagi setiap sektor penerbangan.
  2. Penebusan elaun bagasi tambahan tersedia berdasarkan setiap sektor penerbangan bagi semua penerbangan yang dipasarkan dan dikendalikan oleh Cathay Pacific / Cathay Dragon melainkan jika dinyatakan sebaliknya, dan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan muatan.
  3. Penerbangan usahasama dan perkongsian kod adalah dikecualikan.
  4. Setiap ahli boleh menebus maksimum 100 kilogram bagasi (untuk semua destinasi kecuali bagi perjalanan yang termasuk mana-mana sektor penerbangan ke/dari Amerika) atau 2 buah (untuk perjalanan termasuk mana-mana sektor penerbangan ke/dari Amerika) bagasi untuk setiap penebusan bagi setiap sektor.
  5. Penebusan bagasi tambahan Cathay Pacific tidak sah digunakan untuk Cathay Dragon, atau  sebaliknya.
  6. Kadar penebusan sama untuk semua kelas perjalanan dan untuk semua ahli kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
  7. Pemberian hanya diberi kepada perjalanan di mana sektor pertamanya ialah penerbangan Cathay Pacific/Cathay Dragon.
  8. Peraturan penebusan biasa diguna pakai melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
  9. Penebusan tidak mempunyai nilai tunai dan oleh itu tidak boleh dibayar balik.
  10. Mata Asia Miles untuk elaun bagasi yang tidak digunakan tidak boleh dikembalikan atau dipindahkan.
  11. Baucar adalah sah untuk satu bulan dari tarikh ia dikeluarkan, tetapi hanya untuk perjalanan yang terdapat di jadual perjalanan asal.
  12. Lain-lain terma dan syarat Asia Miles diguna pakai.

Menebus elaun bagasi tambahan anda

Terdapat dua cara anda boleh menebus elaun bagasi tambahan anda:

Di lapangan terbang

Penebusan bagasi tambahan segera kini tersedia di kaunter daftar masuk Cathay Pacific dan Cathay Dragon di seluruh dunia. Hanya tunjukkan kad keahlian Marco Polo Club atau Asia Miles anda ketika daftar masuk untuk membuat penebusan.

Melalui telefon

Sila menghubungi Pusat Perkhidmatan Marco Polo Club atau Asia Miles sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum anda terbang. Baucar penebusan akan dihantar ke alamat yang ditetapkan anda; hanya tunjukkan semasa daftar masuk untuk menuntut elaun bagasi tambahan anda.