Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Barangan kawalan dan diharamkan

Membawa bateri litium dalam perjalanan

Bateri litium boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dibawa dengan betul.

Sama ada bateri litium boleh dibawa dengan udara atau tidak bergantung kepada konfigurasi dan nilai Watt-jamnya (Wh) (untuk bateri lithium-ion/polimer boleh dicas semula) atau Kandungan Lithium (LC) (bagi bateri litium logam yang tidak boleh dicas semula). Oleh kerana kami hanya membuat penerbangan ke lapangan terbang yang mempunyai pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh, barangan anda akan dirampas jika ianya tidak memenuhi keperluan.

Jadi untuk keselamatan diri anda dan penumpang lain, sila berikan perhatian kepada peraturan kami, dan baca garis panduan kami selanjutnya untuk perjalanan dengan bateri litium.

Sila ambil perhatian: Mulai 9 Disember 2015, kenderaan kecil yang dikuasakan oleh bateri ion litium adalah dilarang dalam bagasi penumpang check-in dan kabin.

Memandangkan risiko kebakaran yang berkaitan dengan kenderaan kecil dikuasakan oleh bateri lithium ion - termasuk Airwheel, Solowheel, Hoverboard, dan lain-lain skuter mengimbang sendiri dan Segways mini - Cathay Pacific telah mengumumkan larangan membawa kenderaan dan aksesori yang berkaitan dalam kedua-dua bagasi didaftar masuk dan tangan pada semua penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon dari tarikh kuatkuasa 9 Disember 2015.

Penumpang Cathay Pacific dan Cathay Dragon tidak dibenarkan membawa kenderaan kecil berkuasa bateri ion litium ke dalam pesawat, megikuti garis panduan kami. Jika barang-barang ini dibawa ke lapangan terbang, mereka akan ditolak semasa daftar masuk dan ia akan menjadi tanggungjawab penumpang untuk menguruskan pelupusan barang-barang yang diharamkan sebelum menaiki pesawat. Cathay Pacific dan Cathay Dragon dan tidak akan menyimpan barang-barang ini kerana risiko kebakaran yang berkaitan.

Kenderaan kecil yang dikuasakan bateri ion litium

Contoh:

  • AirWheel
  • Solowheel
  • Hoverboard
  • lain-lain skuter mengimbang sendiri dan Segways mini

Bateri litium kecil

di bawah 100 Watt-jam (Wh) / 2g Kandungan Litium (LC)

Contoh:

  • Sel untuk telefon mudah alih
  • Kamera
  • Jam tangan
  • Pemain muzik mudah alih
  • Komputer riba.

Bagasi dalam kabin

  • Dibenarkan dalam peralatan, termasuk 20 biji bateri gantian diperuntukkan bagi setiap penumpang
  • Perlu dikemukakan dengan betul (sama ada disertakan dalam bungkusan runcit asal, dengan terminalnya ditampalkan atau setiap satu diletakkan di dalam beg plastik yang berasingan)

Dalam bagasi daftar masuk

  • Maksimum 10 keping bateri litium bersaiz kecil dan sederhana, setiap satu dalam lingkungan 160Wh atau 2g (setiap penumpang setiap beg)
  • Mesti diletakkan dalam peralatan
  • Bateri gantian (yang bukan dalam peralatan) tidak dibenarkan

Dilarang dalam bagasi

  • Bateri yang tidak boleh dicas semula melebihi 2g litium (contohnya bateri bersaiz 'C' dan ke atas) adalah dilarang dalam mana-mana bagasi dan mesti ditunjukkan dan dibawa sebagai kargo selaras dengan peraturan Barangan Berbahaya IATA.

Bateri litium sederhana

100 - 160 Watt-jam (Wh)

Contoh:

  • Bateri hayat lanjut untuk komputer riba
  • Bateri yang digunakan oleh profesional audio-visual
  • peranti perubatan mudah alih seperti Penumpu Oksigen Mudah Alih

Bagasi dalam kabin

  • Dibenarkan dalam peralatan, termasuk 2 biji bateri gantian diperuntukkan bagi setiap penumpang 
  • Perlu dikemukakan dengan betul (sama ada disertakan dalam bungkusan runcit asal, dengan terminalnya ditampalkan atau setiap satu diletakkan di dalam beg plastik yang berasingan)

Dalam bagasi daftar masuk

  • Maksimum 10 keping bateri litium bersaiz kecil dan sederhana, setiap satu dalam lingkungan 160Wh atau 2g (setiap penumpang setiap beg)
  • Mesti diletakkan dalam peralatan
  • Bateri gantian (yang bukan dalam peralatan) tidak dibenarkan

Bateri litium besar

160+ Watt-jam

Contoh:

  • Peralatan industri, terdapat dalam sesetengah kenderaan elektrik dan hibrid
  • Peranti mobiliti dan skuter.

Dilarang daripada bagasi

Pengecualian

  • Kerusi roda berkuasa bateri Litium-ion atau alat bantuan mobiliti serupa yang digunakan oleh penumpang dengan mobiliti terhad disebabkan kesihatan, umur atau lain-lain isu sementara (contohnya, patah kaki).

    Sila hubungi pejabat tempahan kami untuk bantuan.

Harap maklum: bateri litium gantian - juga dikenali sebagai bateri “berasingan” - adalah yang dibawa secara berasingan, digunakan sebagai sandaran bagi mengecas semula bateri litium-ion yang terpasang dalam telefon mudah alih, komputer riba dan lain-lain peralatan. Bateri litium gantian mungkin termasuk pengecas bateri mudah alih atau bank kuasa (dengan bateri litium bina dalam). 

Sila bungkus bateri litium gantian dalam bagasi tangan anda, dengan mematuhi garis panduan di atas.

Tonton video keselamatan ini dari CASA (Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam) untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan dengan bateri litium.

Sila pastikan bahawa anda boleh memberikan maklumat kepada kakitangan kami apabila diminta:

1. Kandungan Watt-jam (Wh) atau Kandungan Litium (g) bagi semua bateri yang dipasang dan gantian yang anda ingin bawa bersama sama ada sebagai bagasi kabin atau bagasi daftar masuk.

(Anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan menggunakan pengiraan berikut: 
Penukaran Amp-jam (Ah) ke Watt-jam (Wh): Darabkan Ah dengan Voltan (V), (1Ah = 1,000 mAh), kedua-dua data ini dipaparkan pada plat maklumat bateri berkenaan.

Contoh: 2.38Ah x 14.4V = 34 Wh bagi bateri litium-ion komputer riba)

Bateri litium yang tiada catatan atau bercatatan tidak jelas bagi nilai Watt-jam (Wh) atau Kandungan Litium (LC) tidak akan dibenarkan dibawa menaiki pesawat.

2. Mesti mematuhi syarat ujian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang dinyatakan dalam  Manual Bagi Ujian dan Kriteria PBB, Bahagian III Seksyen 38.3.

3. Peralatan dan peranti dengan bateri litium bina dalam atau pasang masuk seperti komputer riba, kamera dan telefon bimbit mesti dimatikan (bukan dalam mod tidur atau hibernasi), dengan langkah tambahan diambil bagi memastikan ia tidak boleh diaktifkan dengan sengaja serta dilindungi dari kerosakan apabila diletakkan di dalam bagasi daftar masuk.

4. Bilangan maksimum peralatan serta peranti elektronik yang mengandungi bateri litium (setiap biji di antara 160Wh atau 2g) untuk dibawa dalam bagasi daftar masuk ialah 10 biji bagi setiap penumpang, dan sehingga 10 biji dalam setiap beg. Sebagai contoh:

  • Berjumlah 10 biji bagi setiap penumpang (misalnya, satu penumpang mendaftar masuk dua beg)
  • Maksimum 10 biji dalam setiap beg (misalnya, dua penumpang mendaftar masuk hanya satu beg)

5. Untuk peraturan US DOT, penumpang yang membuat perjalanan menuju ke dan dari Amerika Syarikat dengan bateri litium perlu mengunjungi www.phmsa.dot.gov/safetravel untuk butiran lanjut.

6. Bateri yang tidak boleh dicas semula melebihi 2 gram litium (contohnya bateri bersaiz 'C' dan ke atas) adalah dilarang dalam mana-mana bagasi dan mesti ditunjukkan dan dibawa sebagai kargo selaras dengan peraturan Barangan Berbahaya IATA.

7. Rokok elektronik tidak boleh dibawa dalam bagasi daftar masuk, dan tidak boleh digunakan di dalam pesawat.

Kami meminta agar semua penumpang kami mematuhi kriteria penerimaan di atas apabila membawa bateri litium dalam perjalanan. Dan walaupun kami tidak suka katakan tidak kepada para penumpang, kami mungkin terpaksa menolak untuk membawa mana-mana bateri berlebihan dan bateri yang tidak wajar apabila kami menemuinya.

Ketika didaftar masuk, kakitangan kami akan bertanya jika anda telah membaca peraturan berkenaan bateri litium. Ia merupakan satu kesalahan jenayah untuk membuat kenyataan palsu dalam maklum balas kepada soalan ini, jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak HKD10,000 dan / atau dipenjara sehingga enam bulan. Kami juga terpaksa memaklumkan kepada polis dan perkhidmatan sekuriti lapangan terbang. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, sila berikan perhatian kepada garis panduan kami.

Harap maklum bahawa beg anda boleh diperiksa sebelum dan / atau selepas ianya didaftar masuk, jika perlu.

Membawa bateri biasa

Bateri komersial (seperti Nickel Cadmium (Ni-Cad) dan alkali) boleh dibawa dengan selamat sama ada mendaftar masuk atau bagasi tangan dengan syarat mereka dilindungi secukupnya terhadap litar pintas. Anda boleh menyediakan mereka untuk perjalanan dengan:

  • Menyertakannya dalam bungkusan runcit asal ATAU
  • Melekatkan perekat pada terminalnya ATAU
  • Meletakkan setiap bateri dalam beg plastik yang berasingan atau salut pelindung
  • Mematikan bateri dalam semua peralatan elektronik seperti kamera, telefon bimbit dan komputer agar ia tidak boleh diaktifkan semula secara tidak sengaja ketika berada dalam bagasi daftar masuk

Rujuk  Peranti Perubatan untuk maklumat lanjut tentang Peranti Elektronik Perubatan Mudah Alih.