Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Barangan kawalan dan diharamkan

Membawa cecair, aerosol dan gel menaiki pesawat

Anda boleh membawa cecair, aerosol dan gel menaiki pesawat asalkan ianya tidak melebihi jumlah maksimum 100ml bagi setiap item, dibawa di dalam satu beg plastik yang boleh ditutup semula, serta lut sinar tidak lebih daripada 1 liter kapasiti bagi setiap penumpang. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut. 

Barangan melebihi jumlah ini patut dimasukkan ke dalam beg anda yang didaftar masuk. Harap maklum bahawa anggota keselamatan lapangan terbang akan merampas barangan yang tidak memenuhi keperluan ini sebelum anda terbang.

Pembungkusan barangan anda

Sila gunakan beg plastik lutsinar yang boleh ditutup semula atau bekas yang lut sinar untuk membawa cecair anda:

  • Mestilah tidak melebihi 20cm / 8in tinggi dan lebar
  • Isipadu mesti 1 liter
  • Mesti lut sinar dan boleh ditutup semula
  • Barangan mesti muat secara selesa
  • Beg mesti dikancing apabila ditutup
  • Satu beg bagi setiap penumpang
  • Beg mesti ditunjukkan secara berasingan daripada bagasi kabin untuk keselamatan

Jenis barangan

Sila gunakan cecair, gel atau aerosol jenis yang berikut sebagai panduan:

  • Gel, seperti gel rambut atau gel mandian
  • Losyen dan cecair, seperti krim pelindung matahari atau deodoran berbuli
  • Pes, seperti ubat gigi atau Vaselin (hanya apabila membawa bayi)
  • Buih dan semburan bertekanan, seperti buih pencukur atau deodoran bertekanan
  • Bahan makanan, seperti air atau yogurt
  • Kosmetik cecair, seperti bedak asas atau pengilat bibir
 

Pengecualian barangan

Barangan berikut, bertujuan untuk digunakan ketika lawatan anda, boleh dibawa di dalam bagasi kabin dengan kuantiti melebihi 100ml, dengan syarat ianya dikemukakan untuk pemeriksaan di pos keselamatan.

  • Ubat-ubatan yang penting untuk perjalanan, seperti kit diabetes
  • Makanan bayi, dalam bentuk pes atau cecair (jika anda melancong dengan bayi)
  • Susu ibu, atau ibu-ibu menyusu yang melancong dengan atau tanpa bayi mereka
  • Kosmetik bukan cecair, seperti gincu, bedak asas dan deodoran pepejal

Harap maklum pengecualian di atas adalah tertakluk kepada pengesahan oleh pihak anggota keselamatan.

 

Barangan Bebas Cukai

Anda boleh membawa barangan cecair, aerosol dan gel dalam sebarang isipadu yang dibeli di kedai-kedai bebas cukai di dalam bagasi kabin anda, dengan syarat anda menyimpan bukti pembelian dan ianya disimpan dalam beg yang tertutup, dan kedap. Harap maklum bahawa sesetengah kedai Bebas Cukai tidak menyediakan untuk anda beg tertutup, dan kedap pada waktu pembelian.

Pengecualian laluan

Destinasi berikut mempunyai sekatan yang boleh memberi kesan kepada jenis cecair atau gel tertentu yang boleh anda bawa menaiki pesawat. Sila pastikan anda semak senarai ini sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan yang anda membungkusnya mengikut kesesuaian.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas).

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa terdapat pemeriksaan keselamatan kedua bagi barangan cecair anda di pintu lapangan terbang antarabangsa Hong Kong untuk semua penumpang yang berlepas ke Australia. Ini bagi memastikan bahawa tiada barangan cecair, gas atau aerosol yang berlebihan (lebih daripada 100ml setiap botol dan berjumlah 1,000ml) dibawa menaiki pesawat.

Penumpang yang tiba di Australia tanpa penerbangan sambungan lain boleh membeli barangan cecair bebas cukai dalam penerbangan menuju ke sektor terakhir perjalanan mereka.

 

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas).

Penumpang yang tiba di Bahrain tanpa penerbangan sambungan lain boleh membeli barangan cecair bebas cukai dalam penerbangan menuju ke sektor terakhir perjalanan mereka.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas).

Penumpang yang tiba di Kanada tanpa penerbangan sambungan lain boleh membeli barangan cecair bebas cukai dalam penerbangan menuju ke sektor terakhir perjalanan mereka. Harap maklum bahawa jika anda melakukan perjalanan di antara AS dan Kanada dalam sektor terakhir perjalanan anda, anda dibenarkan untuk membawa barangan cecair melebihi 100ml menaiki pesawat.

 

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas). Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membawa sebarang alkohol menaiki pesawat bagi penerbangan domestik. Sila masukkan sebarang alkohol dalam bagasi anda yang didaftar masuk.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas).

Penumpang yang tiba di Eropah atau UK tanpa penerbangan sambungan lain boleh membeli barangan cecair bebas cukai dalam penerbangan menuju ke sektor terakhir perjalanan mereka.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas). Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membawa sebarang alkohol menaiki pesawat (selain daripada ubat-ubatan atau susu formula bayi) atau membeli barangan cecair bebas cukai dalam penerbangan ketika berlepas dari India menaiki penerbangan sambungan.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas) untuk penerbangan terus sahaja. Anda tidak boleh membawa sebarang cecair menaiki pesawat ketika dalam penerbangan sambungan melalui Indonesia.

Cecair, aerosol dan gel yang dibeli dari kedai Bebas Cukai dibenarkan untuk dibawa menaiki pesawat sebagai bagasi kabin apabila melakukan perjalanan dari negara-negara berikut dan dibeli di lapangan terbang asal, dengan syarat barangan tersebut diletakkan di dalam beg bertutup dan kedap berserta bukti pembelian, dan tidak terdapat sebarang sekatan tambahan yang dikenakan oleh pihak berkuasa di destinasi anda.  

Austria
Australia
Bahrain
Belgium
Bulgaria
Kemboja
Kanada
Republik Rakyat China
Cyprus
Republik Czech
Denmark
Estonia
Fiji
Finland
Perancis
Jerman
Greece
Hungary
Iceland
India
Indonesia
Ireland
Itali
Jepun**
Latvia
Lithuania
Luxembourg
Malta
Malaysia
Mauritius
New Zealand
Belanda
Norway
Pakistan
Filipina
Poland
Portugal
Qatar
Republik Korea Selatan
Romania
Singapura
Slovakia
Slovenia
Afrika Selatan
Sepanyol
Sweden
Switzerland
Taiwan
Thailand
Emiriah Arab Bersatu
United Kingdom
Amerika Syarikat
Vietnam

** Kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang Jepun tidak menyediakan pembungkusan kedap

 

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas) untuk penerbangan terus sahaja. Anda tidak boleh membawa sebarang cecair menaiki pesawat ketika dalam penerbangan sambungan melalui Jepun. (kecuali Narita dan Haneda).

** Tiada Kedai Bebas Cukai di lapangan terbang di rangkaian kami di Jepun akan menyediakan beg telus kepada pelanggan, kecuali Narita, kedai-kedai tertentu di Haneda, Osaka dan Nagoya. Sila pastikan barang-barang anda dibungkus dalam beg telus dan sila memberitahu kerani kedai bahawa anda mempunyai penerbangan sambungan yang seterusnya.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas) untuk penerbangan terus dan penerbangan sambungan domestik sahaja. Anda tidak boleh membawa sebarang cecair menaiki pesawat ketika dalam penerbangan sambungan antarabangsa melalui New Zealand.

Balang madu dan suplemen minyak ikan melebihi 100ml dalam jumlah keseluruhan tidak boleh dibawa dalam bagasi kabin, dan mesti didaftar masuk.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas) untuk penerbangan terus sahaja. Anda tidak boleh membawa sebarang cecair menaiki pesawat ketika dalam penerbangan sambungan melalui Taiwan.

Sekatan ke atas perjalanan dengan cecair adalah sama seperti perjalanan biasa (yang disenaraikan di atas).

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa terdapat pemeriksaan keselamatan kedua bagi barangan cecair anda di pintu lapangan terbang Antarabangsa Hong Kong untuk semua penumpang yang berlepas ke AS.
Ini adalah untuk memastikan tiada cecair, gas atau aerosol barangan yang berlebihan (lebih daripada 100ml setiap botol dan sejumlah 1,000ml) dibawa di atas kapal terbang.

Penumpang yang tiba di Amerika Syarikat tanpa penerbangan sambungan seterusnya boleh membeli barangan cecair bebas cukai dalam penerbangan menuju ke sektor terakhir perjalanan mereka. Harap maklum bahawa jika anda melakukan perjalanan di antara AS dan Kanada dalam sektor terakhir perjalanan anda, anda dibenarkan untuk membawa barangan cecair melebihi 100ml menaiki pesawat.