Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Barangan kawalan dan diharamkan

Amaran peringatan bagi pelancong ke Hong Kong (termasuk penumpang transit)
Selain daripada senjata api dan peluru seperti yang dinyatakan di halaman ini, pistol pegun, semburan gas pemedih mata, pengesat buku lima dan cota boleh dipanjangkan turut dikelaskan sebagai barangan yang diharamkan oleh undang-undang Hong Kong, tidak kira sama ada anda tiba atau hanya transit di Hong Kong. Jika disabit kesalahan, mereka yang terbabit boleh didenda sebanyak HK$100,000, dan penjara selama 14 tahun. Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web Jabatan Polis Hong Kong .

Barangan kawalan

Terdapat barangan tertentu yang boleh anda bawa menaiki pesawat dengan syarat anda mematuhi garis panduan kami. Oleh kerana kami hanya membuat penerbangan ke lapangan terbang yang mempunyai pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh, barangan anda akan dirampas jika ianya tidak memenuhi keperluan. Sila baca nasihat kami secara teliti untuk memastikan bagasi anda mematuhi peraturan.

Peraturan untuk semua bagasi

Anda boleh bawa barangan berikut sama ada dalam bagasi daftar masuk atau bagasi kabin, dengan syarat anda mematuhi garis panduan kami.

Baca peraturan kami berkaitan dengan panduan membawa cecair di dalam bagasi anda dan peraturan mengenai barangan cecair Bebas Cukai, yang mungkin berbeza bergantung kepada laluan penerbangan anda.
Lihat lebih lanjut mengenai perjalanan dengan membawa cecair 

Simpan bateri komersial atau bateri litium anda dengan cara yang paling selamat menggunakan senarai panduan dan peraturan berguna kami.
Lihat selanjutnya mengenai bateri litium 

Ingin membawa sedikit buah tangan dari percutian anda? Anda boleh bawa balik minuman beralkohol bersama anda, asalkan ia berada di dalam bungkusan asalnya, dengan kandungan alkohol 24-70%. Setiap penumpang berhak membawa jumlah keseluruhan sebanyak 5 liter seorang, sama ada dalam bagasi daftar masuk atau bagasi kabin anda. Jika minuman anda mempunyai kandungan alkohol 24% atau kurang, ia tidak tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan. Harap maklum jika anda membawa barangan beralkohol di dalam bagasi tangan anda, peraturan bagi cecair, aerosol dan gas masih diguna pakai.

Catatan: Setiap negara mempunyai peraturan kastam tempatan mereka yang berbeza untuk membawa minuman beralkohol ke dalam negara. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara yang anda tujui jika anda merancang untuk membawa minuman beralkohol dalam bagasi kabin atau bagasi daftar masuk anda.

Kecuali China, Bangladesh dan India, penumpang boleh membawa satu paket kecil mancis keselamatan atau pemetik api rokok bersamanya, bagi kegunaan individu itu sahaja.

Jika anda membuat perjalanan menuju ke/dari AS, anda tidak dibenarkan membawa pemetik api. Sila rujuk pada laman web TSA, Pautan dibuka dalam tetingkap baharu yang dikendalikan oleh pihak luar dan mungkin tidak selaras dengan dasar kebolehcapaian yang sama seperti Cathay Pacific untuk maklumat lanjut.

Harap maklum: gas dan isian semula pemetik api dikelaskan sebagai barangan dilarang.

Objek mengembung, termasuk bola mengembung bagi kegunaan sukan seperti bola keranjang, hanya boleh diterima dalam bagasi daftar masuk atau bagasi kabin jika ia dikempiskan.

Negara berlainan mempunyai peraturan kastam tempatan mereka mengenai pengimportan barangan makanan ke dalam negara. Anda dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa berkaitan di negara yang anda tujui jika anda merancang untuk membawa barangan makanan dalam bagasi kabin atau bagasi daftar masuk.

Bagi keselesaan penumpang lain, barangan makanan dengan bau yang kuat, termasuk durian dan nangka, adalah dilarang dalam bagasi kabin dan dalam bagasi daftar masuk.

Catatan: Jika anda membuat perjalanan menggunakan syarikat penerbangan lain dalam jadual perjalanan anda, sila semak dasar setiap syarikat penerbangan.

Sila ambil perhatian bahawa penumpang yang melancong dari Jepun tidak dibenarkan membawa seterika rambut yang mengandungi bateri lithium yang tidak boleh ditanggalkan di dalam bagasi kabin atau bagasi daftar masuk mereka

Beg pintar yang bersepadu dengan bank kuasa tidak-boleh tanggal, tidak boleh diterima sebagai bagasi daftar masuk. Ia mesti dibawa sebagai bagasi kabin jika ia memenuhi peraturan bagasi kabin kami serta pengkadaran jam watt bateri litium yang boleh diterima.

Jika penumpang mahu mendaftar masuk beg pintar dengan bank kuasa bersepadu, bank kuasa bersepadu tersebut perlu dikeluarkan dahulu.

Barangan kawalan yang dibenarkan dalam bagasi kabin

Barangan yang berikut tidak boleh dimasukkan ke dalam bagasi anda yang didaftar masuk tetapi dibenarkan dalam bagasi kabin anda, dengan syarat anda mematuhi peraturan yang dinyatakan.

E-rokok biasanya berfungsi menggunakan bateri dan merangsang merokok dengan tembakau menggunakan wap yang dipanaskan. Setiap peranti mempunyai elemen pemanas yang menghasilkan asap dikenali sebagai pengewapan peribadi atau sistem penyampaian nikotin elektronik. Ini hanya boleh dibawa ke dalam pesawat sama ada pada diri seseorang atau dalam bagasi kabin anda. Ia tidak boleh digunakan di dalam pesawat dan tidak boleh dimasukkan ke dalam bagasi anda yang didaftar masuk. Mengecas semula rokok elektronik atau baterinya tidak dibenarkan di dalam pesawat.

Rokok elektronik perlu dilindungi secara berasingan untuk mengelakkan pengaktifan secara tidak sengaja.

Barangan kawalan yang dibenarkan dalam bagasi daftar masuk

Barangan yang berikut tidak dibenarkan dalam bagasi kabin anda tetapi anda boleh memasukkannya ke dalam bagasi anda yang didaftar masuk, dengan syarat anda mematuhi peraturan yang dinyatakan.

Sila rujuk Perkhidmatan Penerbangan Awam, Pautan dibuka dalam tetingkap baharu yang dikendalikan oleh pihak luar dan mungkin tidak selaras dengan dasar kebolehcapaian yang sama seperti Cathay Pacific Hong Kong dan jabatan polis Hong Kong, Pautan dibuka dalam tetingkap baharu yang dikendalikan oleh pihak luar dan mungkin tidak selaras dengan dasar kebolehcapaian yang sama seperti Cathay Pacific; jika anda merancang untuk meletakkan mana-mana barangan ini ke dalam beg anda yang didaftar masuk.

Peralatan yang berupaya (atau kelihatan seperti berupaya) digunakan untuk menyebabkan kecederaan serius dengan melancarkan peluru, termasuk:

  • semua jenis senjata api, seperti pistol, revolver, senapang, senapang patah
  • senapang mainan, replika dan senjata api tiruan yang boleh disalah anggap sebagai senjata sebenar
  • bahagian komponen senjata api, tidak termasuk kanta teleskopik
  • pistol angin mampat dan CO2, seperti pistol, senapang penabur, raifal dan pistol bebola
  • pistol isyarat suar dan pistol pelepas
  • busur, busur silang dan anak panah
  • senjata tempuling dan pistol serampang
  • lastik dan tarbil

Objek bermata tajam atau bersisi tajam yang boleh diguna untuk menyebabkan kecederaan serius, termasuk:

  • barangan yang direka untuk mencincang, seperti kapak, kapak kecil dan kliver
  • kapak ais dan pemecah ais
  • pisau cukur
  • pemotong kotak
  • Pisau dengan bilah panjang atau pendek (kecuali pisau dengan hujung tumpul yang bulat)
  • gunting dengan panjang bilah melebihi 6 cm diukur dari sangga tuasnya
  • peralatan seni mempertahankan diri yang bermata tajam atau bersisi tajam
  • pedang dan sabit

Harap maklum membawa pisau tertentu tanpa alasan yang munasabah boleh menjadi suatu kesalahan jenayah. Jika anda menemui pisau seperti pisau lipat, pisau flik atau pisau lipat berkunci tanpa mengira panjangnya, bantuan polis perlu diminta sejajar dengan prosedur tempatan.

Peralatan yang boleh digunakan sama ada untuk menyebabkan kecederaan serius atau mengancam keselamatan pesawat, termasuk:

  • tuil besi
  • gerudi dan bit gerudi, termasuk gerudi mudah alih tanpa wayar
  • alatan dengan mata bilah atau aci lebih daripada 6 cm yang boleh digunakan sebagai senjata, seperti pemutar skru dan pahat
  • gergaji, termasuk gergaji mudah alih tanpa wayar
  • penyumpit gas
  • pistol bolt dan pistol paku

Objek yang boleh menyebabkan kecederaan serius apabila digunakan untuk memukul, termasuk:

  • pemukul besbol dan bola lisut
  • belantan dan baton, seperti cota, tongkat waran dan tongkat
  • peralatan seni mempertahankan diri

Barangan kawalan yang memerlukan pengesahan visual

Terdapat beberapa barangan tertentu yang dibenarkan untuk dibawa di dalam bagasi yang didaftar masuk dan/atau bagasi kabin anda. Walau bagaimanapun, pasukan Khidmat Pelanggan kami di Lapangan Terbang perlu mengesahkan dengan melihat barangan tersebut sebelum dibawa bersama untuk memastikan barangan dibungkus dengan selamat.

  • Amunisi - dalam kuantiti tidak melebihi 5 kg (11 lb) berat kasar bagi setiap individu untuk digunakan oleh individu itu sendiri, tidak termasuk amunisi dengan pelancar letupan atau pembakar
  • Beg galas penyelamat avalanche
  • Dapur perkhemahan dan bekas bahan api yang mengandungi bahan api cecair mudah terbakar
  • Peralatan pemantauan agen bahan kimia 
  • Ais kering - dalam kuantiti yang tidak melebihi 2.5 kg (5 lb) bagi setiap individu
  • Barangan yang menghasilkan haba, seperti lampu suluh dalam air (lampu menyelam) dan besi pematerian
  • Termometer atau barometer merkuri 
  • Silinder gas kecil yang tidak mudah terbakar 
  • Kerusi roda yang dikuasakan dengan bateri atau peranti mobiliti lain yang serupa dengan bateri yang boleh tumpah atau dengan bateri litium
  • Peranti elektronik yang dikuasakan denganbateri litiumseperti peranti elektronik perubatan mudah alih,  kamera perakam, kamera, komputer riba (hiperpautan ke # 4)
    • mengandungi bateri litium ion melebihi 100wh tetapi tidak melebihi 160wh atau
    • mengandungi sel logam litium melebihi 2g tetapi tidak melebihi 8g
  • Peralatan jenis keselamatan yang mengandungi bateri litium
  • Bateri litium ganti
    • melebihi 100wh tetapi tidak melebihi 160wh atau
    • melebihi 2g tetapi tidak melebihi 8g 

Sila hubungi Pusat Panggilan Global kami untuk maklumat lanjut. Sila pastikan anda maklumkan kepada kami di lapangan terbang bahawa anda membawa salah satu daripada barangan ini.  Selepas kami memeriksa sama ada ia selamat untuk dibawa bersama penerbangan, kami akan memberikan kelulusan yang diperlukan kepada anda. 

Barangan rampasan

Kami tidak suka mengatakan tidak kepada pelanggan kami, tetapi kami minta anda mematuhi peraturan di atas agar keselamatan anda tidak terjejas.

Dari segi undang-undang, kami tidak bertanggungjawab ke atas barangan rampasan dikeluarkan daripada penumpang oleh anggota keselamatan lapangan terbang. Ini adalah kerana mereka bertindak mengikut peraturan antarabangsa dan kerajaan.

Jika terdapat barangan anda yang dirampas, kami tidak dapat menjamin bahawa ia akan dipulangkan kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anggota keselamatan mengembalikan barangan tersebut kepada kami, kami sedia menyimpannya selama 7 hari untuk anda mendapatkannya kembali. Dalam kes senario terbaik, kami sudah tentu ingin melihat semua pelanggan mendapat semula barangan mereka yang dirampas, dan kami cuba sedaya upaya bagi memastikan ini berlaku.

Barangan kawalan yang dibenarkan dalam bagasi kabin

Barangan yang berikut tidak boleh dimasukkan ke dalam bagasi anda yang didaftar masuk tetapi dibenarkan dalam bagasi kabin anda, dengan syarat anda mematuhi peraturan yang dinyatakan.

Rokok elektronik
E-rokok biasanya berfungsi menggunakan bateri dan merangsang merokok dengan tembakau menggunakan wap yang dipanaskan. Setiap peranti mempunyai elemen pemanas yang menghasilkan asap dikenali sebagai pengewapan peribadi atau sistem penyampaian nikotin elektronik. Ini hanya boleh dibawa ke dalam pesawat sama ada pada diri seseorang atau dalam bagasi kabin anda. Ia tidak boleh digunakan di dalam pesawat dan tidak boleh dimasukkan ke dalam bagasi anda yang didaftar masuk. Mengecas semula rokok elektronik atau baterinya tidak dibenarkan di dalam pesawat.

Rokok elektronik perlu dilindungi secara berasingan untuk mengelakkan pengaktifan secara tidak sengaja.

Barangan kawalan yang dibenarkan dalam bagasi daftar masuk

Barangan yang berikut tidak dibenarkan dalam bagasi kabin anda tetapi anda boleh memasukkannya ke dalam bagasi anda yang didaftar masuk, dengan syarat anda mematuhi peraturan yang dinyatakan.