Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Memperkenalkan pengalaman baru di lapangan terbang kami di Changi Terminal 4 

Kami telah berpindah ke Terminal 4 baharu di Lapangan Terbang Changi. Penumpang kami boleh menikmati pengalaman layan diri dengan kemudahan yang tercanggih dan ruang istirehat Cathay Pacific baru kami. 

Nikmati ketenangan di laluan pantas apabila anda melakukan perjalanan dengan Cathay Pacific 

Jimatkan masa anda apabila melakukan perjalanan ke atau dari Singapura dengan kami, dengan kemudahan layan diri yang direka khas untuk melancarkan proses anda ketika melalui titik semak terminal dengan lebih pantas dan selamat. Membolehkan anda bersantai dan menikmati ketenangan serta kemewahan ruang istirehat baru kami di sepanjang perjalanan.

Gunakan teknologi layan diri pintar 

Wanita menggunakan kiosk daftar masuk layan diri di Lapangan Terbang Changi T4

Daftar masuk

Ambil pas masuk anda di kiosk daftar masuk layan diri kami, cetak sendiri tag beg anda dan gunakan perkhidmatan serahan beg layan diri kami. Semua ini direka untuk membantu melancarkan proses daftar masuk dan mengurangkan barisan di setiap peringkat perjalanan anda di lapangan terbang.

Teknologi pengecaman wajah di kiosk imigresen

Imigresen

Teknologi canggih pengecaman wajah boleh mengesahkan identiti anda dengan serta-merta supaya anda tidak perlu beratur di barisan imigresen. Ini disediakan untuk penduduk Singapura, penduduk tetap, pemegang pas jangka panjang dan mana-mana pelawat yang sebelum ini cap jarinya pernah diambil semasa memasuki Singapura.

Kemudahan boarding layan diri di pintu lapangan terbang

Boarding

Jika anda menggunakan fungsi layan diri di imigresen, anda boleh daftar masuk sendiri dengan mengimbas pas masuk anda di pintu dan sahkan identiti anda dengan teknologi pengecaman wajah. Ini membolehkan penumpang menaiki pesawat dengan lebih pantas dan mudah.

Anak kapal penerbangan Cathay Pacific tersenyum kepada penumpang

Kakitangan yang sedia membantu

Jika anda masih baru dengan pengalaman automatik, kakitangan lapangan terbang kami akan sedia membantu anda. Manakala, kaunter khusus dan praperlepasan masih disediakan untuk kelas Pertama, kelas Bisnes, ahli Kelab Marco Polo dan penumpang yang memerlukan bantuan khas.

Penumpang wanita berehat di ruang istirehat kami

Bersantai di ruang istirehat Cathay Pacific baru kami

Alami sendiri suasana di ruang istirehat Cathay Pacific baru kami yang menampilkan ciri-ciri keselesaan, kemudahan dan hidangan citarasa istimewa, termasuk sup wantan klasik, mi dan dan serta laksa Singapura istimewa iaitu sajian popular dari Noodle Bar. 

Di mana untuk mencari kami

Anda boleh ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi menggunakan bas, MRT, kereta dan teksi. Manakala bas ulang-alik 24 jam percuma beroperasi antara T2 dan T4 (dapatkan maklumat lanjut di laman web Changi). Kaunter Cathay Pacific terletak di Baris 6, syarikat penerbangan paling dekat dengan imigresen.