Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Rumah kami di Hong Kong

Ketahui lebih lanjut mengenai ketibaan, perlepasan dan transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, serta menyambung penerbangan ke Pearl River Delta. 

Transit melalui Hong Kong

Apabila anda tiba di lapangan terbang Hong Kong dengan penerbangan Cathay Pacific atau Cathay Dragon, anda akan sampai di balai Ketibaan tingkat 5 di lapangan terbang Hong Kong.

Transit di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong

Sambungan tanpa tekanan

Jika anda sudah mempunyai boarding pass anda yang seterusnya, ikut sahaja papan tanda ke tempat pemindahan yang terdekat dan terus menuju ke Balai Perlepasan di tingkat 6. Jika anda perlu mendaftar masuk untuk penerbangan seterusnya, sila lawati meja Pemindahan kami di kawasan E2 atau W1.

Sila ambil perhatian: untuk mematuhi keperluan keselamatan daripada pihak berkuasa Penerbangan Awam Hong Kong, Cathay Pacific dan Cathay Dragon akan memeriksa semua dokumen perjalanan penumpang di pintu perlepasan mereka yang seterusnya, membandingkan dokumen perjalanan tersebut dengan pas masuk dan fotograf sebenar.

Berehat di ruang istirehat kami

Penumpang Kelas Pertama dan Kelas Bisnes, ahli Kelab Marco Polo aras Gold, Silver atau Green serta ahli Emerald dan Sapphire perikatan oneworld boleh menikmati penggunaan ruang istirehat eksklusifkami. Namun begitu, mana-mana penumpang yang mahu menggunakan ruang istirehat Ketibaan mesti berada dalam perjalanan transit selama empat jam atau lebih. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati laman kemasukan ke ruang istirehat kami.  

Sila ambil perhatian: menurut keperluan daripada pihak berkuasa Penerbangan Awam Hong Kong, kami mesti memeriksa boarding pass anda dan nama dokumen perjalanan bersama fotograf dokumen perjalanan anda bagi memastikan identiti anda dan laluan yang selamat.