Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Daftar masuk untuk penerbangan sambung

Penumpang yang mempunyai jadual perjalanan bersambung yang ditempah pada satu tiket atau sambungan antara penerbangan yang dikendalikan oleh Kumpulan Cathay Pacific akan didaftar masuk secara terus ke destinasi akhir mereka.

Sebagai tanda hormat, Cathay Pacific dan Cathay Dragon akan mendaftar masuk anda dan bagasi anda secara terus ke destinasi akhir anda jika anda mengembara menggunakan tiket berasingan yang melibatkan penerbangan sambung bersama syarikat penerbangan rakan kongsi kami dengan syarat perjalanan anda bermula dengan Cathay Pacific atau Cathay Dragon.

Sila ambil perhatian bahawa daftar masuk secara terus mungkin tidak boleh dilakukan jika perjalanan anda bermula dengan syarikat penerbangan yang tidak menyediakan perkhidmatan ini.