Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Kelab Marco Polo

Memperkenalkan perubahan yang baharu dan menarik kepada program kesetiaan pelanggan kami

Falsafah teras kami di Kelab Marco Polo adalah untuk menawarkan pengalaman perjalanan premium dan pengiktirafan peribadi kepada ahli yang kami hargai. Kami terus mempertingkatkan tawaran kami bagi memastikan kelab berkembang maju dalam memenuhi keperluan perjalanan ahli. Berdasarkan maklum balas terkini, kami memperkenalkan ganjaran yang lebih hebat dengan melakukan perubahan seperti yang berikut kepada program kami.

Club points baharu akan berkuat kuasa bagi penerbangan yang berlepas bermula 8 Disember 2017.

Apakah perubahannya?

Cara anda memperolehi club points dan keistimewaan aras anda akan kekal seperti sebelum ini. Namun, perubahan ini memberikan anda lebih banyak ganjaran dan keistimewaan. Kami memberikan anda lebih banyak ganjaran club points bagi penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon,*. Kami juga memudahkan anda memperbaharui keahlian Green bagi menikmati manfaat kelab seperti keutamaan daftar masuk dan menaiki kapal terbang, penebusan akses ruang istirahat dan banyak lagi.

*Perolehan club points bagi gabungan syarikat penerbangan oneworld kekal sama.

Memperoleh lebih banyak club points

Impian dan keinginan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai sama ada untuk pembaharuan, menaik taraf atau manfaat peringkat pertengahan. Anda akan memperolehi lebih banyak club points dengan penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon bagi seluruh zon destinasi dan kelas tambang yang terpilih. Terutamanya bagi penerbangan serantau yang selalu dinaiki ahli kelab kami.

Memperbaharui keahlian Green dengan lebih mudah

Ahli Green kami kini boleh mengekalkan dan memperbaharui status mereka dengan 20 club points sahaja dalam tahun keahlian dan tidak memerlukan 100 club points seperti sebelum ini. Yuran pendaftaran untuk menyertai dan yuran pembaharuan pilihan akan kekal pada USD100.

Apakah maknanya bagi anda?

Jika anda menaiki penerbangan serantau Asia

Terdapat 5 hingga 10 club points tambahan bagi setiap sektor untuk keseluruhan kelas tambang kabin bagi semua penerbangan jarak ultra-pendek dan jarak pendek bagi kelas Ekonomi, Ekonomi Premium, Bisnes dan Kelas Pertama. Ia termasuk penerbangan dari Hong Kong ke destinasi popular seperti Taipei, Shanghai dan Tokyo.

Jika anda menaiki penerbangan jarak jauh dan jarak ultra jauh

Kami memperkenalkan 10 hingga 15 club points tambahan bagi setiap sektor laluan jarak jauh dan jarak ultra jauh untuk kelas Ekonomi dan Ekonomi Premium, sempena meraikan peningkatan jumlah destinasi kami di seluruh dunia dan kebanyakannya boleh diakses dari Hong Kong secara terus buat kali pertama. Ia termasuk London, Los Angeles, New York dan destinasi terbaru kami yang akan bermula pada tahun hadapan, termasuk Dublin, Copenhagen dan Brussels.

Jika anda menaiki penerbangan kelas tambang rendah Ekonomi (S, N, Q)

Untuk kelas tambang rendah (S, N, Q), kami akan memberikan anda ganjaran 5 hingga 20 club points tambahan bagi setiap sektor untuk kebanyakan laluan.Ini mungkin termasuk beberapa tambang promosi dan diskaun.

Lebih banyak club points bagi semua laluan dalam kelas tambang yang terpilih

Kini anda akan memperolehi lebih banyak club points dengan penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon bagi kelas tambang terpilih. Anda boleh merujuk kepada carta atau menggunakan kalkulator di bawah untuk mengetahui sama ada anda akan memperolehi lebih banyak club points bagi penerbangan pada 8 Disember 2017 atau selepas 8 Disember 2017.

Kelas Tambang Ultra-pendek
1-750 batu
Pendek
751-2750 batu
Sederhana
2751-3700 batu
Sederhana-jauh
3701-5000 batu
Jauh
5001-7500 batu
Ultra-jauh
7501 batu atau
selanjutnya
Simbol "/" membezakan club points sekarang di sebelah kiri daripada club points baharudi sebelah kanan, contohnya 20 / 30
Pertama

F, A

20 / 30 35 / 40 70 100 125 140
Bisnes

J, C

15 / 25 30 / 35 60 85 105 120
Bisnes

D, I

15 / 20 25 / 30 50 70 90 100
Premium
Ekonomi

W, R

10 / 20 15 / 25 30 45 55 / 70 60 / 75
Premium
Ekonomi

E

10 / 15 15 / 20 25 35 45 / 55 50 / 60
Ekonomi

Y, B, H, K

10 / 15 15 / 20 25 35 45 / 55 50 / 60
Ekonomi

M, L, V

5 / 10 10 / 15 20 30 35 / 45 40 / 50
Ekonomi

S, N, Q

5 5 / 10 5 / 15 10 / 20 10 / 25 10 / 30

Zon Jarak adalah berdasarkan kepada jarak batu penerbangan di antara Hong Kong dan semua destinasi yang disenaraikan.

Ultra-pendek

1-750 batu

Pendek

751-2750 batu

Sederhana

2751-3700 batu

Sederhana-jauh

3701-5000 batu

Jauh

5001-7500 batu

Ultra-jauh

7501 batu atau ke atas
China: Changsha, Chongqing, Fuzhou, Guangzhou, Guilin, Haikou, Hangzhou, Kunming, Nanjing, Ningbo, Sanya, Wenzhou, Wuhan, Xiamen

Filipina: Clark/Angeles City, Manila

Taiwan: Kaohsiung, Taichung, Taipei

Vietnam: Da Nang, Hanoi
Bangladesh: Dhaka

Kemboja: Phnom Penh, Siem Reap

China: Beijing, Chengdu, Qingdao, Shanghai, Xi'An, Zhengzhou

India: Bengaluru, Chennai, Delhi, Hyderabad, Kolkata, Mumbai

Indonesia: Denpasar/Bali, Jakarta, Surabaya

Jepun: Fukuoka, Nagoya, Okinawa, Osaka, Sapporo, Tokyo

Korea: Busan, Jeju, Seoul

Malaysia: Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang

Myanmar: Yangon

Nepal: Kathmandu

Filipina: Cebu

Singapura: Singapura

Sri Lanka: Colombo

Thailand: Bangkok, Chiang Mai, Phuket

Vietnam: Ho Chi Minh City

Australia: Cairns

Maldives: Malé

Emiriah Arab Bersatu: Dubai
Australia: Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, Sydney

Bahrain: Bahrain

Israel: Tel Aviv
Belgium: Brussels

Kanada: Vancouver

Denmark: Copenhagen

Perancis: Paris

Jerman: Düsseldorf, Frankfurt

Ireland: Dublin

Itali: Milan, Rome

Belanda: Amsterdam

New Zealand: Auckland, Christchurch

Afrika Selatan: Johannesburg

Sepanyol: Barcelona, Madrid

Switzerland: Zurich

United Kingdom: London, Manchester

Amerika Syarikat: Los Angeles, San Francisco

 

Kanada: Toronto

Amerika Syarikat: Boston, Chicago, New York

Kira club points anda sebelum dan selepas

Sila guna kalkulator di bawah untuk mengira jumlah club points yang akan anda perolehi selepas perubahan ini dilaksanakan. Masukkan lokasi asal, destinasi dan kelas tambang pilihan untuk melihat club points sebelum dan selepas.

Enter flight details

Your total
Previous
club points
-
Current club points
from 8 Dec 2017
-
To get started, please add a flight on the left.

You can add up to six flights sectors to a single calculation. A return flight will count as two flight sectors.

Nota:

Untuk melihat kelas tambang yang layak, sila rujuk kepada grid perolehan club points.

Walaupun segala langkah penelitian telah diambil dalam penyediaan kalkulator ini dan dalam penentuan andaian yang dimasukkan ke dalamnya, keputusan kalkulator perlu diambil sebagai petunjuk sahaja, bukannya sebagai pengiraan yang benar-benar tepat. Sila rujuk grid perolehan club points bagi maklumat mutakhir dan terkini.

Cathay Pacific Airways tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana individu bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau apa-apa jenis perbelanjaan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas, maklumat yang diperolehi daripada kalkulator ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kerugian ekonomi atau lain-lain kerosakan langsung, tidak langsung atau turutan.

Membantu melancarkan perjalanan anda

Kami berharap, perubahan terkini kepada program ini membantu perjalanan anda menjadi lebih lancar dan baik. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang perubahan ini, sila lawati laman Soalan LazimBuka tetingkap baharu. Kami akan terus mendengar dan mencari cara baharu untuk mempertingkatkan pengalaman keahlian anda. Kami mengalu-alukan anda berkongsi pendapat anda dengan menghantar e-mel kepada kami di theclub@cathaypacific.com