
Bandar yang kaya dengan pelbagai kisah sejarah, semangat kesusasteraan dan pastinya pub legenda adalah hab kewangan Eropah yang sedang berkembang. Namun, formaliti pun tidak dapat menahan pesona Ireland yang sempurna. Dublin adalah sebuah kota penuh dengan kepelbagaian, keramahan dan keceriaan yang pasti membuatkan anda terkesima, menarik anda untuk duduk menikmati pelbagai pilihan minuman sambil mendengar pelbagai kisah yang menarik.

1/5
Gabungan dua elemen Ireland yang paling diminati ramai iaitu minuman keras dan kesusasteraan, diserasikan di dalam pub pilihan legenda sastera dan sering dikunjungi oleh ramai penulis Ireland, termasuk Brazen Head, Davy Byrne’s, Toners, dan Neary’s.

2/5
Pastikan senarai lawatan anda dipenuhi tempat bersejarah dan tumpuan terbaik seperti Katedral St Patrick, Istana Dublin, Kolej Trinity dan Docklands yang berdekatan dengan perkhidmatan bas persiaran hop-off hop-on (bas ulang-alik).

3/5
Perjalanan di Dublin pasti lebih sempurna dengan lawatan ke Guinness Storehouse untuk merasai sendiri pengalaman pembuatan bir yang sebenar. Anda boleh menilai sendiri jika Guinness memberikan yang terbaik untuk anda seperti yang diiklankan, menggunakan pain percuma yang disertakan bersama tiket anda.

4/5
Dublin adalah Bandar Kesusasteraan UNESCO (UNESCO City of Literature) kerana beberapa anak tempatan hebat sebagai Jonathan Swift, James Joyce dan Oscar Wilde. Jadi anda mesti mengunjungi tempat popular dan tenang di sana iaitu Perpustakaan Kolej Trinity yang dibina pada tahun 1592.

5/5
Mulakan perjalanan yang paling epik dari Dublin iaitu lawatan bertemakan Game of Thrones. Pemandangan berbatu Ireland Utara adalah latar belakang kepada beberapa lokasi paling ikonik dalam siri tersebut termasuk Winterfell atau dikenali sebagai Castle Ward Estate di County Down. Selain itu, anda akan diberikan pedang, mantel dan perisai untuk dipakai, menjadikan lawatan anda lebih menarik dan menyeronokkan.
Hal-hal yang harus dilakukan
Kami telah memilih sorotan yang wajib dilihat dari kota yang fantastis ini.
Tunjukkan kepada saya
Hal-hal yang harus dilakukan
Kami telah memilih sorotan yang wajib dilihat dari kota yang fantastis ini.

Kegiatan
Guinness Storehouse
Segelas Guinness ternyata mempunyai rasa lebih baik di Ireland berbanding tempat lain di dunia. Keistimewaan itu dikatakan ada kaitan dengan air di sini. Rasai sendiri minuman itu semasa lawatan anda ke Guinness Storehouse. Pelajari lebih banyak tentang bir yang terkenal, nikmati pengalaman merasainya atau ketahui cara menghidang pain yang sempurna. Wiski juga mempunyai rasa yang hebat di Ireland, jadi lawati kilang wiski Jamesons di mana anda boleh membuat wiski anda sendiri, mempraktikkan cara membuat campuran koktel sempurna dan melawat Bow Street yang bersejarah. Muzium Wiski Ireland dan satu-satunya kilang wiski Teeling di Dublin yang masih beroperasi, menawarkan pengalaman dan pandangan mendalam tentang minuman ini.

Lihat
Meneroka dan menikmati pemandangan landskap liar Ireland
Anda boleh menikmati pemandangan landskap Ireland yang paling ikonik dan menakjubkan dalam perjalanan harian dari Dublin. Wild Rover tour akan membawa anda melihat pembentukan batu unik di Giant's Causeway yang dikatakan dibina oleh gergasi Finn McCool untuk bertemu saingannya di Scotland. Naiki bas persiaran di sepanjang Atlantic Way menuju ke Cliffs of Moher yang menakjubkan dan pernah ditampilkan dalam pelbagai filem termasuk Harry Potter and Half-Blood Prince. Ireland juga menyediakan beberapa latar belakang menggerunkan bagi siri Game of Thrones. Perkhidmatan bas lawatan dari Dublin akan memberikan anda pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Winterfell.

Kegiatan
Muzik dan tarian rakyat Ireland
Anda berpeluang mendekati dan merasai semangat Ireland yang sebenar di Ceillidh tradisional atau sesi muzik dan tarian Ireland dengan irama rancak dan melodi yang membangkitkan semangat. Jika anda pernah melihat persembahan Riverdance, anda pasti mengetahui yang penari Ireland sememangnya berbakat besar! Kunjungi Irish House Party di hotel yang terletak sepuluh minit dari pusat Dublin untuk menikmati pelbagai hidangan makanan mesra keluarga, muzik dan tarian asli yang dipersembahkan oleh pemuzik dan penari terbaik yang memenangi pertandingan tarian All Ireland. Pub seperti Cobblestone, the Celt, O'Shea's Merchant dan the Old Storehouse menawarkan craic (hiburan rakyat Ireland) dan persembahan melodi malam hebat daripada beberapa pemuzik terbaik Ireland.
Lihat
Lawatan dan berjalan kaki
Lawatan berjalan kaki di Dublin diketuai oleh para graduan sejarah akan membawa anda menyusuri jalanan yang dipenuhi dengan pelbagai kepentingan sejarah dari Great Famine pada kurun ke-19 ke konflik Utara. Kawasan menghijau bandar di sepanjang Taman Phoenix yang tiada tandingan adalah taman tertutup yang terbesar di ibu kota Eropah. Kawasan seluas tujuh kilometer persegi ini menempatkan beberapa tarikan utama seperti Zoo Dublin, ruang pengebumian prasejarah yang berusia 5,500 tahun, kubu peluru dan pelbagai tarikan lain. Sewa basikal atau segway (kenderaan bermotor elektrik) untuk meneroka tempat yang dipenuhi pepohon hijau dan berhenti di bilik teh gaya Victoria atau kafe Phoenix yang pernah memenangi anugerah untuk menikmati kopi dan hidangan skon yang terkenal.
Makan
Hidangan moden rakyat Ireland
Padang menghijau dan perairan kebiruan Ireland membekalkan bahan mentah untuk restoran mewah Dublin seperti Chapter 1 bertaraf Michelin (yang dibina di rumah lama pembuat wiski George Jameson) dengan pelbagai hidangan yang diilhamkan oleh musim dan landskap. Fish Shop adalah restoran makanan laut terkemuka dengan menu daripada hasil makanan laut liar terbaik Ireland pada hari itu seperti hidangan salmon salai asli Pulau Clare. Singgah masuk ke The Pig's Ear atau BANG restaurant & bar untuk menikmati hidangan makanan klasik Ireland dengan sentuhan Dingle Gin atau ais krim coklat berkaramel dari Murphy's.

Lihat
Sejarah dan warisan
Kolej Trinity di Dublin menempatkan khazanah kebudayaan terhebat Ireland iaitu Book of Kells dari kurun kesembilan. Salinan Gospel dihias mewah yang perlu dilihat. Gabungan lawatan ke Trinity iaitu universiti bersejarah berusia 400 tahun atau ke Muzium Penulis Dublin untuk melihat koleksi edisi pertama yang jarang ditemui. Galeri Nasional menempatkan hasil seni Belanda yang terbaik dan Muzium Negara Ireland menempatkan koleksi emas prasejarah dan pameran pengebumian korban paling penting di Eropah. Tembok Kilmainham Gaol merupakan bukti sejarah pemberontakan Ireland dan Easter Rising pada tahun 1916.

Belanja
Kedai buku terbaik
Teruskan pengembaraan kesusasteraan anda menerusi jalan batu Dublin yang dikelilingi kedai buku terbaik di bandar ini. Hodges Figgis adalah kedai paling lama di Ireland yang diasaskan pada tahun 1768 dan juga disebut dalam novel Ulysses. Ia juga merupakan kedai di Ireland yang mempunyai pilihan buku terbanyak di dunia. The Winding Stair dibangunkan di bangunan rumah kurun ke-18 di atas sebuah restoran. Anda boleh menikmati hidangan kek, kopi dan wain sambil duduk di antara rak buku di sini. Dapatkan sumber buku antik di Ulysses Rare Books atau De Burca yang menempatkan lebih daripada 20,000 teks antik dan jarang ditemui. Lawatan hujung minggu ke pasar buku terbuka di Temple Bar yang menawarkan ketenangan di kawasan paling sibuk di Dublin.

Lihat
Wicklow: the Garden of Ireland
Laluan ke Wilayah Wicklow lebih mudah dari Dublin. Ia dikenali sebagai 'Taman Ireland' dengan bukit-bukau dan lembah yang subur. Lawati Glendalough, iaitu sebuah 'lembah dua tasik' yang menakjubkan untuk melihat tapak peninggalan sejarah kurun ke-6 iaitu salah satu tapak biarawan paling penting di Ireland. Lihat sendiri hidupan liar seperti rusa dan helang peregrine atau sewa kereta untuk sehari dan terokai Taman Negara Wicklow Mountains. Taman rasmi yang indah di Powerscourt Estate dari Kurun ke-18 telah dipilih sebagai tempat ketiga terbaik di dunia oleh National Geographic dan tapak air terjun paling tinggi di Ireland.

Minum
Bandar sastera
Dublin adalah syurga pencinta buku kerana bandar ini sudah memenangi empat Nobel Prize bagi kategori kesusasteraan dan mendapat gelaran Bandar Kesusasteraan Unesco (Unesco City of Literature). Cara terbaik untuk berhubung dengan warisan sastera di bandar ini adalah dengan mengunjungi bar yang terkenal di sini. Pemuisi WB Yeats menyukai minuman di bar Toners yang hangat dan berusia 200 tahun di Baggot Street. Ia juga selalu dikunjungi penulis Dracula Bram Stoker. Pesan segelas burgundy di Davy Byrnes seperti Stephen Bloom dari novel klasik Ulysses oleh penulis James Joyce atau bersama semangat riang pemuisi Seamus Heaney menikmati Guinness di Palace Bar dari Kurun Ke-19.

Kegiatan
Tarikan urban
Temui kedamaian di tengah-tengah kesibukan kreatif Dublin dengan layanan urban di spa. Cuba sendiri pakej Buff Spa Diva sepanjang hari termasuk urutan aromaterapi, skrub garam mineral, merawat kuku kaki dan tangan, berenang di kolam infiniti di Tethra Spa Merrion Hotel diikuti urutan batu panas atau rawatan santai dengan produk ESPA dan Darphin mewah. Ketika anda berada di Fumbally Stables, anda boleh menempah rawatan, kelas yoga atau bengkel meditasi dan kafe bertaut ini juga menawarkan pelbagai hidangan sihat iaitu thali (pilihan makanan India), sup miso di dalam tembikar panas dan minuman ditapai.

Kegiatan
Lakukan aktiviti luar
Ireland sangat terkenal di mata dunia dengan warisan perlumbaan kuda dan jokinya. Alami sendiri pengalaman kemeriahan perlumbaan Ireland dengan lawatan satu hari di balapan lumba kuda Leopardstown. Lawatan pada bulan Februari dimeriahkan dengan Pesta Perlumbaan atau anda boleh ke Dublin Mountains yang indah menerusi laluan dari Pusat Menunggang Paddocks dan pemandangan bandar menakjubkan. Acara sukan Ireland yang unik seperti bola sepak Gaelic atau melontar juga menawarkan keseronokan yang mengujakan. Anda juga boleh menonton sukan ini secara langsung di stadium Croke Park. Peminat sukan air akan semestinya menikmati lawatan berkayak di Liffey yang menawarkan pemandangan indah Dublin.
Belanja
Pusat beli-belah mewah
Manjakan diri anda dengan membeli-belah di pasar raya terkemuka Brown Thomas yang mewah di Dublin. Anda akan menemui pelbagai barangan mewah daripada jenama eksklusif, pereka terkemuka dan rekaan rakyat Ireland yang klasik seperti kristal Waterford. Lokasi pusat Grafton Street juga menempatkan penjual barang perhiasan Weir & Sons (anda boleh mendapatkan koleksi Barangan Kemas Celtic di sini). Powerscourt Centre di Creative Quarter baharu ini terletak di rumah bandar dengan seni bina zaman George menakjubkan yang menawarkan barangan antik, salun kecantikan, seni serta kraf dan fesyen. Ia juga menempatkan kedai konsep Atrium yang terkemuka di Ireland di tingkat atas. Berjalan-jalan di sekitar kawasan ini untuk melihat butik persendirian menarik yang terletak di lorong kecil.
Tempah perjalanan