Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Skema warna baharu kami

Cathay Pacific telah mempamerkan
skema warna baru untuk pesawatnya

Cathay Pacific memperbaharui skema warna sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan Cathay Pacific. Skema warna baharu ini mengabadikan nilai-nilai jenama kami serta melindungi warisan kami, tetapi ia memandang ke arah masa depan kami dengan rekabentuknya yang tidak lapuk ditelan zaman, namun kontemporari serta elegan; ia menggabungkan susur galur Asia dengan pandangan global kami.

Muat turun kit akhbar

Skema warna dan jenama kami
Skema warna merupakan bahagian penting daripada keseluruhan jenama Cathay Pacific. Apabila anda terfikirkan tentang Cathay Pacific,
anda akan fikirkan tentang pesawat kami; dan skema warna pesawat merupakan simbol bagi nilai-nilai kami. Ia melambangkan syarikat penerbangan kami bukan hanya setakat di Hong Kong,
tetapi ketika pesawat kami berlepas dan mendarat di semua destinasi kami di seluruh dunia.
Perubahan utama
Skema warna baharu terdiri daripada tiga elemen rekaan utama: gabungan lambang kibasan sayap yang diperbaharui dan diperkemas; palet warna yang dipermudahkan terhadap putih, kelabu dan hijau Cathay Pacific; serta paparan tanda perkataan dan kibasan sayap Cathay Pacific yang lebih menonjol. Kesemua perubahan ini paling ketara dapat dilihat pada tiga bahagian pesawat: muncung, fiuslaj, dan ekor pesawat.

Muncung pesawat

Muncung pesawat

Pada bahagian muncung pesawat, lambang kibasan sayap telah dibesarkan saiznya, dibebaskan dari lingkaran hijau yang mengelilingi muncungnya, dan kedudukannya dianjak sedikit. Nama atau tanda perkataan Cathay Pacific, kini terletak pada bahagian atas ruang tingkap. Penggunaan fon masih sama, tetapi abjadnya kini semua berhuruf besar, agar tanda perkataannya lebih menonjol. Perubahan ini menjadikannya lebih mudah dikenalpasti sebagai pesawat milik Cathay Pacific dari pandangan hadapan.

Bahagian Fiuslaj

Bahagian Fiuslaj

Satu jaluran tunggal berwarna kelabu kini menjalar pada bahagian fiuslaj yang kelihatan elegan, menghubungkan bahagian muncung dengan bahagian ekor pesawat. Jaluran ini merangkumkan pendekatan rekaan kontemporari yang terletak di tengah-tengah etos jenama Cathay Pacific, tetapi secara halus turut menggemakan skema warna terdahulu. Secara keseluruhannya, kesemua elemen ini memberikan rasa yang lebih kontemporari, sejajar dengan arah rekaan semula jenama Cathay Pacific.

Bahagian ekor pesawat

Bahagian ekor pesawat

Bahagian ekor pesawat kini mempamerkan lambang kibasan sayap pada bahagian ekor pesawat yang keseluruhannya berwarna hijau. Ia adalah warna hijau yang sama seperti yang terdapat pada skema warna terdahulu, tetapi kini satu cerun warna menjalar di pinggir bahagian belakang ekor, secara halus menggelapkan ton warna hias latar belakang hijau pada bahagian tersebut. Selain itu, lambang kibasan sayap itu kelihatan seperti ‘dikepit’ pada bahagian belakng ekornya. Ini membolehkan kami menonjolkan secara jelas lambang kibasan sayap berkenaan pada perkadaran ekor pesawat yang berlainan, bagi semua jenis pesawat.

Proses
Penambahbaikan yang berterusan ke atas pengalaman pelanggan Cathay telah mewujudkan halatuju yang jelas
terhadap falsafah reka bentuk yang melambangkan jenama berkenaan. Sebagai sebahagian penting daripada amalan berkenaan, skema warna telah direka semula
agar konsisten dan juga mewakili pendekatan reka bentuk yang lebih seragam.

Falsafah reka bentuk baharu kami
Skema warna baharu merupakan yang terkini dalam siri kemas kini dan penambahbaikan, termasuk logo, laman web, dan aplikasi mudah alih,
serta reka bentuk semula ruang istirehat lapangan terbang di Hong Kong, Tokyo, Manila, Bangkok, dan seterusnya.

Falsafah rekaan Cathay Pacific

Jenama Cathay Pacific meraikan keseronokan perjalanan. Jaminan kualiti dengan semangat keindahan Asia moden. Jiwanya dipenuhi dengan pengalaman deria yang menarik, mesra, dan tidak menonjol, diberikan dengan layanan yang penuh sopan santun, ceria dan tulus. Kami gelar falsafah rekaan baharu ini “Dinyatakan dengan lembut, dirasai dengan mendalam”.

Falsafah rekaan Cathay Pacific

Falsafah baharu ini menjadi panduan kepada rekaan laman web baharu, ruang istirehat, kabin pesawat, khidmat dalam penerbangan, produk hiburan, dan pelbagai lagi – semuanya secara lebih konsisten, keindahan dan kecekapan, membentuk pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan kami. Selain itu, ia juga jelas menggambarkan siapa kami dan apakah yang memberi inspirasi kepada kami untuk membantu penumpang mengalami perjalanan yang menyeronokkan.

Seterusnya
Skema warna baharu kami telah didedahkan pada 1 November 2015, pertama kali dipamerkan pada Boeing 777-300ER.
Semua pesawat kami yang sedia ada akan dicat semula dengan skema warna baharu sebagai sebahagian daripada jadual penyelenggaraan biasa untuk tempoh lima tahun akan datang.
Rangkaian pesawat baharu yang akan dilancarkan dengan skema warna baharu itu ialah pesawat A350 dalam tahun 2016.

Muat turun kit akhbar

Seterusnya