Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Bidaan Naik Taraf merupakan ciri baharu oleh Cathay Pacific yang memberikan anda peluang untuk membida bagi kelas kabin lebih tinggi yang seterusnya.

  1. Jika tempahan anda layak, anda boleh menerima e-mel jemputan untuk membida 7 hari sebelum berlepas. Secara alternatif, sila semak kelayakan anda pada halaman Utama Bidaan Naik Taraf atau Mengurus Tempahan Saya pada cx.com Bidaan mesti dalam $ dan terletak dalam julat yang di pra tetap.
  2. Anda boleh membuat, mengubah atau membatalkan Bidaan Naik Taraf anda pada bila-bila masa 50 jam sebelum berlepas.
  3. Jika Bidaan Naik Taraf anda berjaya, e-mel pemberitahuan akan dihantar 48 jam sebelum berlepas. Hanya bidaan yang berjaya akan dikenakan bayaran.

Anda akan menikmati pengalaman Kelas Ekonomi Premium atau Kelas Bisnes sepenuhnya (hanya satu naik taraf kelas dibenarkan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada “Kelayakan Menaik Taraf”) pada penerbangan yang berkaitan dengan bidaan termasuk pilihan makanan dan minuman yang dipertingkatkan, keutamaan daftar masuk, menaiki kapal terbang (boarding) dan pengendalian bagasi.
Sila ambil perhatian bahawa syarat tambang tiket dan elaun bagasi anda kekal tanpa perubahan dan sebarang perolehan Asia Miles dan Club Points akan dibuat berdasarkan tiket asal.

Jika anda sudah menerima e-mel jemputan Bidaan Naik Taraf yang berdasarkan tempahan asal anda, ia tidak akan dihantar semula mengikut tarikh baharu anda. Walau bagaimanapun, anda masih boleh pergi ke Mengurus Penempahan atau Halaman Utama Bidaan Naik Taraf untuk memasukkan bidaan selagi jadual perjalanan baharu anda masih layak untuk bidaan.

Walaupun nilai pemberat tidak akan didedahkan, ahli Marco Polo Club dan Asia Miles akan mempunyai kelebihan pada bidaan asal mereka, diutamakan berdasarkan tahap keahlian sebagai pengiktirafan kepada kesetiaan dan sokongan mereka.  

Kenaikan taraf yang lain seperti Naik Taraf Boleh Ditempah dan penebusan tidak akan terjejas kerana ia akan disahkan sebelum bidaan dibuka.

Kenaikan taraf dipilih berdasarkan kekosongan tempat duduk, bilangan tawaran yang diterima dan faktor lain mengikut budi bicara Cathay; oleh itu tiada jaminan bahawa tawaran anda akan diterima walaupun tawaran itu berada pada tahap tertinggi yang dibenarkan.

Kejayaan tawaran bergantung pada gabungan faktor termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Amaun yang ditawarkan untuk kenaikan taraf
  • Tawaran saingan
  • Kelas tambang asal bagi tiket yang dibeli
  • Tahap Kelab Marco Polo anda
  • Keahlian Asia Miles anda
  • Bilangan penumpang dalam tempahan yang sama
  • Sejarah kejayaan bagi tawaran terdahulu
  • Bilangan tempat duduk tersedia untuk dinaik taraf

Untuk meningkatkan peluang kejayaan anda, kami mengesyorkan anda memberikan tawaran terbaik anda. Jika anda ahli bagi Kelab Marco Polo atau ahli Asia Miles, kami akan mengiktiraf status anda dengan memberikan keutamaan tawaran Bidaan Naik Taraf anda dengan sewajarnya.

Tidak, Asia Miles akan diperoleh dalam kelas yang asal. Sila kunjungi asiamiles.com untuk maklumat lanjut bagi perolehan perbatuan.