Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Anda akan menerima e-mel sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh perlepasan sektor penerbangan anda untuk memaklumkan sama anda berjaya atau tidak. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat isu teknikal di mana pengendalian secara manual diperlukan. Dalam hal yang demikian, anda hanya akan dimaklumkan mengenai keputusan tawaran 1 hari sebelum tarikh perlepasan. Semasa tempoh tersebut, anda tidak dapat melakukan daftar masuk dalam talian.

Mungkin terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses semakan semula dan kami tidak boleh menyatakan sebab tawaran tertentu tidak berjaya. Amaun tawaran anda bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan sama ada anda akan menerima kenaikan taraf. Kenaikan taraf dipilih berdasarkan kekosongan tempat duduk, subkelas tempahan asal anda, bilangan tawaran yang diterima dan faktor lain mengikut budi bicara Cathay. Tiada jaminan yang tawaran anda akan diterima walaupun tawaran itu berada pada tahap paling tinggi yang dibenarkan.

Anda tidak boleh membuat tawaran kedua jika tawaran anda tidak berjaya.