Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Pembayaran dan penghantaran tiket

Buat masa ini, kami menerima

  • VISA
  • MasterCard
  • Diners Club (tidak diterima buat sementara untuk perjalanan yang bermula dari Bangladesh, China, Afrika, Sri Lanka, Nepal, India, Qatar dan Persekutuan Rusia)
  • American Express  (tidak diterima buat sementara untuk perjalanan yang bermula dari China dan Nepal) 
  • JCB (tidak diterima buat sementara untuk perjalanan yang bermula dari China, Nepal dan India)
  • PPS (untuk perjalanan yang bermula dari Hong Kong sahaja)
  • IDeal (untuk perjalanan yang bermula dari Belanda sahaja)
  • Sofort Banking (untuk perjalanan yang bermula dari Jerman)
  • UATP (tidak diterima buat sementara untuk perjalanan yang bermula dari China dan India)
  • Union Pay (tidak diterima buat sementara untuk perjalanan yang bermula dari Bangladesh, Denmark, Hungary, India, New Zealand, Sweden, Afrika)
  • PayPal (untuk perjalanan yang bermula dari United Kingdom, Perancis, Jerman, Austria, Portugal, Finland, Greece, Sepanyol, Itali, Maldives, Belanda, Luxembourg, Belgium, AS, Kanada, Australia, Hong Kong, Israel, Filipina, Singapura dan Arab Saudi sahaja)

Sila ambil perhatian: Kad kredit sebenar yang digunakan untuk membayar tiket mestilah ditunjukkan oleh pemegang kad untuk pengesahan di kaunter daftar masuk atau apabila mengambil tiket. Jika tidak, pemegang kad mesti menunjukkan kad fizikal yang digunakan di Pejabat Tiket Cathay Pacific yang paling hampir untuk pengesahan sebelum penerbangan berlepas.

Jika kad kredit yang digunakan diperbaharui dengan nombor kad baharu oleh pengeluar kad kredit antara masa pembelian tiket dengan masa pengesahan, sila simpan dan tunjukkan kad kredit asal untuk pengesahan.

Pemegang kad tidak perlu membuat tempahan dan membuat perjalanan. Pembawa berhak untuk menahan penumpang daripada menaiki kapal terbang atau mengambil bayaran jaminan (dalam bentuk wang tunai atau daripada kad kredit baharu) jika anda gagal mengemukakan kad yang digunakan pada asalnya untuk transaksi tempahan.

Tambahan: Jika anda memilih Visa, MasterCard, American Express atau JCB untuk pembayaran, anda mungkin diminta memasukkan kata laluan peribadi anda dalam halaman selamat untuk pengesahan bagi melengkapkan pembelian dalam talian; jika ciri keselamatan Verified by Visa, MasterCard® SecureCode™, American Express SafeKey® atau J/Secure™ didayakan oleh syarikat kad kredit anda.

Sila mendaftar untuk Verified by Visa, MasterCard® SecureCode™, American Express SafeKey® dan J/Secure™ dengan syarikat kad kredit anda jika anda masih belum mendaftar!

Ketahui lebih lanjut: Verified by Visa, MasterCard® SecureCode™, American Express SafeKey® dan J/Secure™

Kemudahan penempahan dalam talian kami menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (Secure Sockets Layer, SSL), iaitu kaedah standard industri untuk melindungi komunikasi web. Data disulitkan (ditukar menjadi bentuk kod) sebelum dihantar bagi mencegahnya daripada dipintas.

Sebaik sahaja anda mengesahkan tempahan anda dalam talian, kami akan terus mengeluarkan nota debit kepada syarikat kad kredit anda. Ini akan diguna pakai walaupun anda membuat keputusan untuk mengubah rancangan perjalanan anda sebaik sahaja selepas pengesahan. Sila hubungi Pusat Panggilan Global kami sekiranya anda ingin menyusun semula rancangan perjalanan anda atau mahu memohon wang anda dikembalikan. Sila ambil perhatian bahawa caj pengembalian dan/atau pembatalan mungkin dikenakan berdasarkan syarat-syarat tambang yang berkenaan.

Semua tiket yang dikeluarkan adalah tiket elektronik (eTicket).

Bagi penumpang yang mahukan resit bagi transaksi mereka, sila hubungi Pusat Panggilan Global kami, atau Pejabat Tempahan tempatan anda.

"Simpan Tambang Anda" membolehkan anda mengesahkan tempat duduk anda dengan deposit apabila membuat tempahan melalui CX.com. Harga tambang disimpan; namun cukai, yuran dan surcaj pembawa tertakluk kepada perubahan.

Tempahan akan disimpan selama 72 jam. Anda boleh log masuk ke Mengurus Tempahan untuk melengkapkan pembayaran. Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 72 jam selepas tempahan disimpan, tempahan tersebut akan dilepaskan dan deposit akan dicaj. Semua ahli Marco Polo Club kami boleh menikmati perkhidmatan "Simpan Tambang Anda" secara percuma, dengan syarat mereka log masuk dengan nombor keahlian apabila membuat tempahan melalui laman web kami.

"Simpan Tambang Anda" hanya boleh ditawarkan jika tempat duduk disahkan sekurang-kurangnya 7 hari (168 jam) sebelum tarikh dan masa perlepasan."

Dalam tempoh penyimpanan, anda boleh membuat bayaran secara dalam talian hanya dengan log masuk ke ruangan Mengurus Tempahan menggunakan nama anda dan Nombor Rujukan Tempahan.

Sebaik sahaja sistem kami mengesahkan bahawa tempahan anda layak diproses melalui pembayaran dalam talian, butang "Lengkapkan proses pembayaran sekarang" akan muncul di bawah butiran tempahan penerbangan anda. Klik butang itu untuk membayar tempahan anda.

Tidak. "Simpan Tambang Anda" tidak diguna pakai pada tawaran dan promosi tertentu. Pilihan "Bayar Kemudian" ("Pay Later") hanya akan disediakan jika "Simpan Tambang Anda" boleh diguna pakai pada tawaran tersebut.

Tidak, sebaik sahaja tempahan anda disimpan, anda tidak dibenarkan mengubah sebarang butiran. Jika anda mahu membuat sebarang perubahan, anda perlu membuat tempahan baharu. Walau bagaimanapun, deposit tidak boleh dipindahkan.

Tidak, deposit tidak akan ditambah kepada harga tiket. Yuran akan dicaj apabila tempahan yang disimpan tidak dilengkapkan dalam tempoh penyimpanan.

Butang "Lengkapkan proses pembayaran sekarang" tidak akan muncul apabila sistem kami menentukan bahawa tiket tersebut tidak boleh dibayar menggunakan pembayaran dalam talian. Anda boleh hubungi pejabat tempahan tempatan untuk mendapatkan bantuan.

Apabila anda mengklik butang "Beli" pada halaman Pembayaran, anda akan menerima e-mel pengesahan tidak lama selepas itu.

Tidak, deposit "Simpan Tambang Anda" tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindahkan.