Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Daftar-Masuk Mudah Alih

Daftar-Masuk Mudah Alih membolehkan anda mendaftar masuk untuk Cathay Pacific, Cathay Dragon dan mana-mana penerbangan yang layak pada bila-bila masa di antara 48 jam sehingga 90 minit sebelum penerbangan berlepas, dengan menggunakan mana-mana peranti mudah alih yang berkemampuan melayari Internet. 

Semua penumpang yang memegang e-tiket. Kecuali:

  • Penumpang yang memerlukan Bantuan Perubatan
  • Penumpang yang memerlukan Pengusung
  • Penumpang yang membuat permintaan untuk "Tempat Duduk Yang Menempatkan Bagasi Kabin"
  • Penumpang yang membuat permintaan untuk "Tempat Duduk Tambahan"
  • Penumpang yang membuat perjalanan berkumpulan dan didaftarkan sebagai kumpulan di dalam tempahan.

Mana-mana peranti mudah alih yang dilengkapi dengan keupayaan melayari internet boleh mengakses Daftar-Masuk Mudah Alih. Pastikan pelan peranti anda merangkumi pelayaran internet mudah alih serta mesej teks, jika anda ingin menerima Pengesahan Daftar-Masuk melalui SMS dan/atau emel.

Hanya ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar masuk

Buka pelayar web anda pada peranti mudah alih yang membolehkan Internet dan taip m.cathaypacific.com. Pilih dan klik pada pautan "Daftar Masuk".
Ahli Kelab Marco Polo / Asia Miles boleh melog masuk melalui "Rencana Perjalanan Peribadi" untuk mendaftar masuk.
Langkah 1: Dapatkan butiran penerbangan: Para ahli boleh memasukkan nombor ahli dan kata laluan untuk melog masuk ke Daftar-Masuk Mudah Alih. Bukan ahli boleh memasukkan nama, nombor penerbangan dan tarikh berlepas untuk mendapatkan butiran penerbangan mereka.
Langkah 2: Pilih tempat duduk anda dan juga untuk teman perjalanan anda.
Langkah 3: Masukkan maklumat dokumen perjalanan anda seperti yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan maklumat perhubungan anda.
Langkah 4: Sahkan dan hantar Pas Masuk Mudah Alih anda.

Anda boleh menghantar Pas Masuk Mudah Alih ke peranti mudah alih anda melalui SMS atau emel.

Mobile Check-In tersedia untuk

  1. Cathay Pacific: Semua penerbangan Cathay Pacific, termasuk penerbangan perkongsian kod yang dioperasikan oleh Cathay Dragon (dengan syarat tertera dalam pernyataan 2 di bawah). Pengecualian adalah penerbangan yang disewa, penerbangan perkongsian kod dan kereta api yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan perkongsian kami.
  2. Cathay Dragon: Semua penerbangan Cathay Dragon dan penerbangan perkongsian kod yang dioperasikan oleh Cathay Pacific berlepas dari Hong Kong, Beijing, Shanghai, Taipei, Kaohsiung, Taichung, Busan, Fukuoka, Phuket, Dhaka, Bengaluru (Bangalore), Kota Kinabalu, Hanoi, Manila, dan Phnom Penh. Pengecualian adalah penerbangan perkongsian kod yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan perkongsian kami.

Sama seperti Daftar-Masuk Atas Talian, semua penumpang yang memegang e-tiket boleh mendaftar masuk melalui peranti mudah alih mereka dalam masa 48 jam sehingga 90 minit sebelum waktu penerbangan berlepas.

 

Ya, anda boleh memilih dan mendaftar masuk dengan bayi dan teman perjalanan semasa Daftar-Masuk Mudah Alih.

Daftar-Masuk Mudah Alih kini hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Mandarin Tradisional/Ringkas, Korea dan Perancis.

Ya, ianya boleh didapati melalui Daftar-Masuk Mudah Alih.

Pengesahan Daftar-Masuk Mudah Alih tidak boleh digunakan sebagai Pas Masuk Mudah Alih. Anda mesti mendapatkan pas masuk anda sebelum menuju ke Keselamatan dan Imigresen di lapangan terbang.