Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Cathay Pacific Jelajahi menu situs

Selepas mendaftar masuk secara dalam talian

Ya, anda boleh menukar tempat duduk anda dan teman perjalanan anda selepas melengkapkan Daftar Masuk Dalam Talian. Jika anda telah memilih tempat duduk anda semasa tempahan, anda boleh menukar pilihan tempat duduk dengan fungsi "Tukar Tempat Duduk" di laman pengesahan selepas melengkapkan Daftar Masuk Dalam Talian anda.

Ahli elit Kelab Marco Polo (aras Silver dan ke atas) boleh menukar pilihan tempat duduk mereka sebanyak tiga kali. Semua penumpang lain boleh menukar pilihan tempat duduk mereka sekali sahaja selepas mendaftar masuk.

Kami menawarkan beberapa cara untuk anda mendapatkan pas masuk selepas anda mendaftar masuk secara dalam talian.

  1. Cetak Pas Masuk anda sendiri bagi penerbangan dan lapangan terbang yang terpilih
  2. Terima Pas Masuk Mudah Alih melalui dalam talian bagi penerbangan dan lapangan terbang yang dipilih,
  3. Cetak pas masuk anda di kiosk Daftar Masuk Layan Diri kami. Anda boleh menyemak laman kiosk Daftar Masuk Layan Diri untuk senarai terkini lapangan terbang yang memperkenalkan perkhidmatan ini. Bagi lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, kiosk ini berada di Laluan A dan C balai perlepasan.
  4. Dapatkan pas masuk anda dan serahkan bagasi anda di Kaunter Serahan Bagasi Daftar Masuk Layan Diri yang ditetapkan di lapangan terbang sebelum waktu perlepasan anda.

Perkhidmatan Cetak Layan Diri dan Pas Masuk Mudah Alih boleh didapati dalam masa 48 jam hingga 90 minit sebelum waktu perlepasan.


Anda boleh mendapatkan pas masuk anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dalam masa 1 hari hingga 50 minit sebelum waktu perlepasan. Untuk kemudahan Daftar Masuk Di Bandar Hong Kong (sama ada di Kowloon atau stesen Hong Kong), anda perlu tiba di kaunter 90 minit lebih awal daripada waktu perlepasan. Dapatkan pas masuk anda sekurang-kurangnya 50 minit lebih awal daripada waktu perlepasan anda jika anda memilih untuk mencetak pas masuk anda di kiosk Daftar Masuk Layan Diri kami yang terletak di pelbagai lokasi.

Catatan:
Penumpang perlu mendapatkan pas masuk mereka sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum kaunter ditutup. Sila pastikan anda menyemak laman setiap lapangan terbang di laman web kami untuk mengetahui maklumat lanjut tentang waktu penutupan kaunter yang spesifik.

Ya. Untuk membatalkan tempahan anda, sila batalkan daftar masuk dalam talian anda terlebih dahulu; kemudian hubungi ejen pelancongan atau pejabat tempahan anda untuk mengesahkan pembatalan.

Hanya hubungi Pusat Panggilan Global kami untuk bantuan dan sokongan 24 jam menerusi panggilan telefon jika anda menghadapi sebarang masalah semasa Daftar Masuk Dalam Talian.

Anda perlu membawa dan menunjukkan tiket sah semasa waktu perlepasan, bersama dokumen perjalanan dan halaman pengesahan daftar masuk anda.


Sila ambil maklum bahawa anda mungkin tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dan diminta untuk membeli tiket lain jika tiket anda dianggap tidak sah pada waktu perlepasan.

Ya, anda boleh membatalkan Daftar Masuk bagi diri anda dan teman perjalanan anda.


Anda boleh membatalkan Daftar Masuk dengan fungsi "Batal Daftar Masuk" di laman "Butiran Penerbangan" atau laman "Pengesahan Daftar Masuk Dalam Talian" selepas anda melengkapkan Daftar Masuk Dalam Talian anda.