Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Jelajahi menu situs

Kesihatan dan keselamatan perjalanan

Ketahui lebih lanjut mengenai cara untuk merancang lebih awal jika anda mempunyai masalah kesihatan dan ketahui cara kami mewujudkan persekitaran paling selamat yang mungkin untuk penumpang kami.

Keselamatan dalam penerbangan

Di Cathay Pacific, keselamatan anda adalah keutamaan kami. Bagi membantu semua orang di dalam pesawat untuk menikmati perjalanan yang lancar dan menyenangkan, sila ikuti nasihat kami seperti di bawah dan arahan dalam penerbangan oleh anak kapal kami.

Bagasi kabin

Jika anda fikir bahawa bagasi kabin anda terlalu berat untuk anda mengangkatnya ke dalam kabin di bahagian atas, kami menasihatkan anda untuk mendaftarnya masuk. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai peruntukan berat bagasi kabin di sini – dan perlu diketahui bahawa beg kabin yang melebihi berat akan dimuatkan dengan bagasi yang didaftar masuk

Sebelum kita berlepas, ingat untuk menutup ruang menyimpan di bahagian atas dan ambil langkah berjaga-jaga supaya bagasi anda di dalam ruang tersebut tidak akan jatuh apabila ruang dibuka. Jadi setiap orang mempunyai ruang untuk menyimpan beg mereka berdekatan, minta anak kapal kami untuk menyimpan kot dan jaket anda di dalam almari kot pesawat.

Menggunakan peranti elektronik

Untuk keselamatan semua orang di dalam pesawat, kami sentiasa meminta anda tidak menggunakan peranti penghantaran elektronik dengan Bluetooth, WiFi atau lain-lain jenis kawalan jauh, kerana peranti tersebut akan mengganggu navigasi, komunikasi dan sistem kawalan pesawat.

Anda boleh menggunakan peranti selepas berlepas asalkan peranti tersebut berada dalam mod penerbangan selamat serta fungsi WiFi dan Bluetooth telah dinyahdayakan. Anda dialu-alukan untuk terus menggunakan peralatan anda sehingga tanda tali pinggang keledar dihidupkan untuk mendarat. Peranti termasuk komputer, telefon mudah alih dan peralatan untuk audio, video, fotografi dan banyak lagi. Sila ambil perhatian: jika kapten kami merasakan bahawa peralatan anda menjejaskan sistem pesawat, kami mungkin meminta anda mematikannya.

Maklumat lanjut mengenai keselamatan peranti dalam penerbangan

Peraturan mengenai alkohol, jarum dan rokok

Bagi mematuhi undang-undang minuman keras di kebanyakan negara, kami tidak menyajikan minuman beralkohol kepada penumpang yang berusia di bawah 18 tahun. Kami menawarkan minuman percuma dalam penerbangan, tetapi kami meminta anda tidak minum minuman beralkohol yang telah anda bawa. Sila ambil perhatian bahawa kami berhak untuk berhenti menyajikan minuman beralkohol kepada penumpang dalam keadaan tertentu.

Merokok adalah dilarang dalam semua pesawat kami. Kami mempunyai pengesan asap yang dipasang di semua tandas kami dan mengganggu pengesan atau merokok di dalam pesawat (termasuk e-rokok dan lain-lain peranti merokok simulasi) boleh dikenakan denda dan dipenjarakan.

Kami mempunyai kotak alatan tajam di dalam pesawat untuk jarum dan picagari yang telah digunakan. Untuk keselamatan anda dan penumpang lain, sila gunakan kotak ini bagi tujuan pelupusan.

Maklumat lanjut mengenai item yang dikawal dan dilarangkan.

Maklumat lanjut mengenai persediaan perjalanan