Tingkatkan browser web Anda
Anda menggunakan browser yang tidak didukung. Lihat browser yang didukung untuk menikmati pengalaman terbaik situs kami.
Tempah Jelajahi menu situs

Cathay Pacific penerbangan

Dapatkan maklumat tentang apa saja yang anda perlu ketahui tentang bagasi apabila terbang dengan Cathay Pacific

Elaun bagasi bagi setiap penumpang

Terdapat pengecualian untuk penerbangan ke Amerika dan Auckland.

Walaupun gabungan berat bagasi dibenarkan dalam elaun berat anda, sila mematuhi had untuk bilangan keping bagasi anda boleh mendaftar masuk.

(Untuk tiket pada mula-mulanya  dikeluarkan pada atau selepas 15 September 2016)

 
Ekonomi Ekonomi Premium Bisnes Pertama
Elaun standard 30kg /66paun
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
35kg /77paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
40kg /88paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
Aras keahlian Kelab Marco Polo
Green 30kg /66paun
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
35kg /77paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
40kg /88paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
Silver
40kg /88paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
45kg /99paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 2 buah)
60kg /132paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
Gold
45kg /99paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
55kg /121paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
65kg /143paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 4 buah)
Diamond
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
55kg /121paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
60kg /132paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
70kg /154paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 4 buah)
aras keahlian oneworld
Sapphire
45kg /99paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
55kg /121paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
65kg /143paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 4 buah)
Emerald
50kg /110paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
55kg /121paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
60kg /132paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 3 buah)
70kg /154paun*
Jumlah setiap penumpang
(Maksimum 4 buah)
  • Ekonomi
  • 30kg /66paun
    Jumlah setiap penumpang
    (Maksimum 2 buah)
  • Ekonomi Premium
  • 35kg /77paun*
    Jumlah setiap penumpang
    (Maksimum 2 buah)
  • Bisnes
  • 40kg /88paun*
    Jumlah setiap penumpang
    (Maksimum 2 buah)
  • Pertama
  • 50kg /110paun*
    Jumlah setiap penumpang
    (Maksimum 3 buah)
Elaun beg untuk bayi yang berumur kurang daripada 2 tahun

Jika anda belum menempah tempat duduk untuk bayi anda, anda boleh membawa maksimum 2 buah bagasi, jumlah berat sebanyak 10kg / 22paun, bagasi kabin bersama mereka, serta kereta kerusi bayi dan kereta sorong.

Bayi dengan tempat duduk berasingan yang disahkan layak mendapat elaun bagasi yang sama seperti seorang pengembara dewasa. Lihat maklumat lanjut mengenai mengembara bersama bayi.

* Maksimum berat dan dimensi barang tunggal
Mana-mana bagasi dengan berat melebihi 32kg / 70paun atau ukurannya melebihi 203sm / 80in dalam jumlah dimensi mesti dibungkus semula ke dalam unit yang dibahagikan dalam had ini. Jumlah keseluruhan dimensi beg anda ialah jumlah hasil tambah kelebaran, ketinggian dan panjangnya.
 
Jika beg anda tidak boleh dibahagikan, sila hubungi pejabat tempahan tempatan anda sebelum anda terbang dan kami akan menyiasat sama ada boleh menempatkan barang anda.
 
Kami tidak menerima beg yang melebihi had yang dinyatakan di atas tanpa kelulusan terlebih dahulu.
 

Senarai semak sebelum penerbangan

Sila ambil perhatian dengan nota berikut:

Periksa bagasi anda untuk barangan larangan dan barangan dengan sekatan

Bergantung pada destinasi penerbangan anda, terdapat siri sekatan ke atas barangan tertentu - dan barangan yang dilarang sama sekali untuk dibawa dalam perjalanan. Sebagai contoh, cecair, gas dan aerosol hanya dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat dalam jumlah tertentu. Luangkan masa untuk menyemak semula barangan yang disekat dan dilarang untuk penerbangan yang lancar.

Hadkan jumlah bateri litium semasa anda mengembara

Sila pastikan bahawa mana-mana bateri yang anda bawa bersama disimpan dengan betul dan dalam jumlah yang boleh diterima. Baca lebih lanjut mengenai bateri litium.

Perlu ingat mengenai elaun bagasi anda

Anda boleh mengembara dengan membawa alat muzik dan peralatan sukan, walau bagaimanapun, sila ketahui bahawa peraturan berbeza mengikut laluan anda. Selain itu, anda boleh mendaftar masuk bagasi tambahan dengan dikenakan sedikit bayaran.

Kami boleh mendaftar terus bagasi anda ke destinasi terakhir jika perjalanan anda di atas satu tiket, ditempah dalam tempahan tunggal, atau jika anda menaiki penerbangan sambung yang dikendalikan oleh Cathay Pacific Group.

Jika anda melakukan perjalanan di atas tiket berasingan yang dikeluarkan dan ditempah dalam tempahan berasingan dan anda tidak menaiki penerbangan sambung yang dikendalikan oleh Cathay Pacific Group, anda perlu mengambil beg anda sewaktu ketibaan dan daftar masuk beg anda dengan pembawa sambung anda.

Untuk tiket yang dikeluarkan pada atau selepas 1hb April 2015, elaun bagasi percuma dan caj bagasi tambahan untuk penerbangan yang melibatkan satu atau lebih pembawa lain (iaitu bukan Cathay Pacific atau Cathay Dragon) bergantung pada kaedah pengiraan baharu. Ini adalah perjanjian dengan dasar bagasi baharu dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Baca dengan lebih lanjut mengenai peraturan pembawa paling signifikan kami.

Untuk tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 31hb Mac 2015, sila semak peraturan pembawa paling signifikan kami.

Jika anda menggunakan bantuan mobiliti * atau alat-alat bantuan pergerakan **, ambil perhatian laluan anda untuk melihat barangan yang boleh anda bawa bersama secara percuma.

Barangan adalah termasuk peranti perubatan elektronik mudah alih, tongkat, pejalan kaki, topang ketiak, kerusi roda dan aksesori kerusi roda. Sila ambil perhatian bahawa kerusi roda adalah tertakluk kepada kriteria penyimpanan.

Bagi penerbangan ke Amerika Syarikat, tidak ada sekatan ke atas bilangan alat bantuan pergerakan dan alat bantuan yang boleh anda bawa ke dalam pesawat secara percuma. Bagi penerbangan ke destinasi lain, anda boleh membawa satu peranti bantuan dan dua alat bantuan pergerakan untuk setiap penumpang.

Sila lihat lebih lanjut dalam bahagian bantuan khas kami untuk maklumat lanjut.

* Bantuan mobiliti ditakrifkan sebagai alat bantuan yang digunakan oleh individu yang mempunyai kecacatan mobiliti seperti rotan dan walker, tongkat dan kerusi roda.

** Alat-alat bantuan pergerakan ditakrifkan sebagai apa-apa bahagian daripada peralatan yang membantu penumpang yang kurang upaya untuk mengatasi kesan-kesan kecacatan masing-masing. Peranti tersebut adalah bertujuan untuk membantu penumpang yang kurang upaya untuk mendengar, melihat, berkomunikasi, bergerak atau melaksanakan fungsi lain dalam kehidupan setiap hari dan mungkin termasuk peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

Tiket anda ditentukan oleh sesuatu yang dikenali sebagai 'pembawa paling signifikan', yang menentukan elaun bagasi untuk perjalanan udara.

Untuk tiket yang dikeluarkan pada atau selepas 1hb April 2015, sila semak peraturan pembawa paling signifikan kami.

Untuk tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 31hb Mac 2015, sila semak peraturan pembawa paling signifikan kami.

  • Bawa lebih banyak ke dalam pesawat
    Bawa lebih banyak ke dalam pesawat

    Menghadapi masalah menutup beg pakaian anda? Mudah untuk menambah elaun bagasi anda dengan yuran yang sederhana sebelum anda terbang.

     

  • Kumpul dan simpan
    Kumpul dan simpan
    Daftar dengan Kelab Marco Polo dan dapatkan faedah pengguna penerbangan kerap ekslusif. Lebih tinggi tahap anda, lebih banyak faedah yang boleh anda nikmati. Sertai sekarang dan mula tingkatkan pengalaman perjalanan anda.